Gadgets

Telefilem Kes Seksyen 420 (TV2)

Tonton Telefilem Kes Seksyen 420 di TV2 dan strim online di platform RTMKlik pada 11 Disember 2023, hari Isnin jam 9:00 malam. 

Kes Seksyen 420, sebuah telefilem usahawan MLM yang diarahkan idea konsepnya dicetuskan oleh Shanker Ragaven juga selaku pengarah telefilem ini yang diterbitkan oleh syarikat produksi Pocketplay Sdn. Bhd. Penulis skrip pula ditulis oleh Shanker Ragaven bersama Epy Kodiang.

Kes Seksyen 420

TELEFILEM KES SEKSYEN 420

Waktu siaran : Isnin, 11 Disember 2023, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV2
Strim online : RTMKlik
Idea konsep : Shanker Ragaven
Penulis skrip : Shanker Ragaven & Epy Kodiang
Pengarah : Shanker Ragaven
Produksi : Pocketplay Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon dan pelawak tanah air iaitu Fikhree Bakar, Jiggy Masin, Azim Yusof, Khairul Idlan, Shweta Sekon, Rosya Dean dan ramai lagi.
  • Fikhree Bakar sebagai Ridwan
  • Jiggy Masin sebagai Dr. Haziq
  • Azim Yusof sebagai Faris
  • Idlan Raja Lawak sebagai Lokman

SINOPSIS KES SEKSYEN 420

Telefilem Kes Seksyen 420 mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Faris dan Lokman bercita-cita menjadi usahawan berjaya. Faris seorang pereka web mencipta 1 aplikasi yang berpotensi dimajukan. Mereka mencari pelabur dan rakan kongsi untuk mengembangkan aplikasi tersebut. 

Kes Seksyen 420

Seorang lagi rakan mereka iaitu Dr. Haziq memperkenalkan Ridwan, seorang usahawan yang nampak hebat, tetapi sebenarnya dibelengu hutang. Faris, Lokman, Haziq dan Ridwan bergabung mewujudkan satu peluang perniagaan ala ‘Multi Level Marketing’.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.