Gadgets

Bab 12 : Disember 2023

Sampailah kita di bulan Disember 2023, bab 12 tahun 2023. Bulan terakhir sebelum masuk tahun baru 2024. Rasa macam baru je tahun baru, tiba-tiba dah hujung tahun. Sekarang tak rasa masa berjalan, dia pecut laju berlari dah!

Biasanya bulan Disember ni bulan yang dinantikan murid sekolah sebab cuti penggal lama kan. Ibu bapa pun mesti dah merancang cuti-cuti. 

Cuti sekolah Disember 2023

Cuti Penggal 3 (Cuti Akhir Tahun)

  • 16 Disember 2023- 1 Januari 2024

Bulan Disember juga musim tengkujuh dimana kerap hujan dan berlaku banjir. Hati-hati semua. Elakkan pergi di tempat yang berisiko. Siapsiaga berhadapan dengan banjir. 

Bulan Disember ni tak ada perancangan. Tapi macam kelihatan sibuk. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin...

18 Disember 2023, genap setahun arwah abah pergi ke negeri abadi. Masih terasa seperti abah masih ada. 

Bab 12 : Disember 2023

DISEMBER 2023

Page 335/365
The hardest thing about the
road not taken is that you never
know where it might have led.
Choose your direction wisely.

 

Cuti umum/ Public holidays Disember 2023

11 Disember (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
24 Disember (Ahad) – Christmas Eve (Sabah)
25 Disember (Isnin) – Hari Christmas (Cuti Umum)

Sambutan pada bulan Disember

1 Disember (Jumaat) – Sambutan Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day)
3 Disember (Ahad) – Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations' International Day of Persons with Disabilities)
5 Disember (Selasa) – Sambutan Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)
5 Disember (Selasa) – Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day)
10 Disember (Ahad) – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day)
11 Disember (Isnin) – Sambutan Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day)

Jangan lupa juga untuk titipkan doa Qunut Nazilah buat saudara kita di Palestine. 
From the River to the Sea, Palestine Will Be Free

2 comments:

  1. bulan disember bulan chenta linda...semoga yang baik2 je utk kita semua pada tahun 2024 nanti..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..mesti tak sabar nak menanti harinya kan.
      Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.