Gadgets

Planner Twenty Twenty Four (2024) The Wife & Co

Seorang Fiza ni tak sah kalau tak ada planner untuk persediaan tahun baru. Rasa kekok kalau tak menulis di dalam planner/ diary sebab dah terbiasa dari dulu. Ada orang jenis tak kisah kalau tak ada pun. Tapi jenis yang suka menulis ni memang wajib ada planner atau diary.

Macam biasa, pilihan planner twenty twenty four (2024) dari The Wife & Co. Tahun 2024 atau 2023A (Kaum Cina tak suka angka 4) tak banyak pilihan planner yang ada. Semuanya ditawarkan dengan PU Leather Cover dengan pelbagai pilihan warna. 

Selama 4 tahun saya setia dengan PVC Cover, tahun lepas bertukar kepada hard cover. Lepas tu terus jatuh cinta dengan hard cover. Tahu-tahu tahun ni hanya ada PU leather cover je dengan pelbagai warna. Saya pilih warna merah jambulah of course!
Planner Twenty Twenty Four 2024

Planner descriptions

  • Standard A5 size
  • PU leather cover with exclusive debossed logo
  • Standard 6 holes ring
  • 240 printed pages (100gsm paper)

Planner Twenty Twenty Four 2024

Planner Twenty Twenty Four 2024

Full contents

  • 2024 & 2025 calendar & holidays
  • 12 monthly separator
Planner Twenty Twenty Four 2024
  • 2 pages monthly spread
  • Goals setting template
Planner Twenty Twenty Four 2024
  • Weekly planner (can choose between dated/undated)
  • 12 sheets monthly budget
  • 12 sheets habit tracker
Planner Twenty Twenty Four 2024
  • 20 extra blank pages for notes, etc
Planner Twenty Twenty Four 2024
  • Ramadhan checklist
Planner Twenty Twenty Four 2024
  • compartment
Planner Twenty Twenty Four 2024

Yang bestnya bila PU leather cover ni dalam dia ada banyak compartment. Boleh letak card atau notes, klip kertas dan juga pen. Setiap pembelian akan dapat free gift paper clip, aesthetic calendar, monthly sticker separator dan gambar kartun muslimah.

Saya buat pre-order bulan November yang lepas. Dapat awal bulan Disember haritu. Rasanya sekarang ada ready stok kot. Boleh cuba tengok di instagram The Wife & Co.

Ada juga tawaran aesthetic front cover (PVC binder cover) untuk semua pembelian. Stok cover lama untuk peminat PVC cover. Siapa berminat bolehlah dapatkannya sebelum tahun baru bermula.

8 comments:

  1. Replies
    1. Ya, cantik planner ni sebab tu setiap tahun pilih dari The Wife & Co.

      Delete
  2. Cantik warnanya. Cie ni beli planner tak pernah la konsisten nak menulis 😅

    ReplyDelete
  3. Nice! Cute..Saya setakat buku nota tapi tu pun x habis tulis last year punya 😂 Happy New Year Kak 🩷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tahun ni bagi habiskan nona.
      Happy New Year 2024 nona!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.