Gadgets

Live PDRM vs Kelantan Liga Super 2023 (LS25)

PDRM vs Kelantan

PDRM vs Kelantan, perlawanan bola sepak live malam ini dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh lima yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pasukan Kelantan FC akan berkunjung ke Petaling Jaya bagi meneruskan kempen Liga Super yang hanya berbaki 1 perlawanan selepas perlawanan ini. 

PDRM vs KELANTAN

Pertembungan antara pasukan PDRM vs Kelantan FC dijadualkan berlangsung pada 10 Disember 2023, hari Ahad jam 9:00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Waktu yang sama juga berlangsung satu lagi perlawanan antara Kuching City menentang KL City di Stadium Negeri.


Pasukan Kelantan FC kini berada di kedudukan tercorot Liga Super 2023. Masih ada peluang untuk pasukan Kelantan mengatasi pasukan Kuching City yang hanya beza 1 mata di depan. 

Namun, prestasi Kelantan dalam perlawanan 5 terakhir ni semuanya berakhir dengan kekalahan. Pasukan Kelantan perlu bangkit jika ingin menamatkan Liga Super di kedudukan lebih baik dan bukan tercorot liga.

PDRM pula di tempat kelapan dengan 34 mata yang sama dengan pasukan KL City. Perlawanan kedua dua perlawanan ini bakal berlangsung sengit untuk mereka meraih mata bagi memperbaiki kedudukan pasukan dalam kempen Liga Super yang akan tamat dengan 1 perlawanan sahaja lagi.

Pertemuan antara kedua-dua pasukan ini dalam pusingan pertama Liga Super 2023 menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan PDRM dengan 4 gol tanpa balasan.

Siaran Langsung PDRM vs Kelantan Live Streaming Liga Super 2023 LS25 10 Disember

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 antara pasukan PDRM vs Kelantan secara langsung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan secara percuma.

Waktu : Ahad, 10 Disember 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Siaran TV : TV Okey, Sukan RTM &Sooka

Info tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan antara PDRM vs Kelantan pada 10 Disember 2023, jam 9:00 malam yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline. 

Keputusan masa penuh perlawanan/ live score results

Keputusan perlawanan PDRM vs Kelantan dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh lima (LS25) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : PDRM FC/ PDRM (7) - (2) KELANTAN FC/ KEL
  • James Okwuosa 19'
  • Izaaq Izhan Yuswardi 45'+6
  • Kyaw Min Oo 59'
  • Bruno Suzuki 62' 64' 90'
  • Mohamad Khala'If Mohd Naskam 63'
  • Leonardo Rolón
  • Muhammad Nur Iqmal 74'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.