Gadgets

Singgah Di Kafe Kueh Mueh D'Melaka Mencendol Dan Membeli Kuih Bakar

Balik dari majlis kenduri kahwin di Taman Tanjung Minyak Melaka, kami terus gerak balik ke rumah. Ikutkan hati nak berjalan-jalan di Melaka. Tapi macam malas sebab dah mula cuti sekolah kan. Datang pula hari Sabtu, gerenti ramai orang sana-sini.

Nak sampai ke Melaka pun dah kena hadap jem kejap. Sebelum balik rumah tu, singgahlah di Kafe Kueh Mueh D'Melaka nak membeli kuih bakar. Semasa perjalanan pergi ke majlis tadi dah perasan kedai ni. Jadi, balik tu dah rancang nak singgah sini.

Kafe Kueh Mueh D'Melaka Melekek terletak di R&R Simpang Ampat. Signboard dia tulis "KUIH BAKAR". Senang nak menyinggah sebab on the way balik rumah je. Nak beli kuih bakar tempat lain macam malas nak hadap jem. Kita singgah mana yang mudah nak singgah je lah.

Kafe Kueh Mueh D'Melaka

Tujuan utama nak beli kuih bakar. Rupanya bukan sekadar menjual homemade kuih bakar. Tapi ada kuih bakar berlauk dan juga pelbagai jenis kuih yang lain seperti kuih keria, kuih kasturi, kuih serabai, kuih cucur jawa, tauhu sumbat dan banyak lagi lah. Rambat mata nak memilihnya pun.

Kafe Kueh Mueh D'Melaka

Kami beli 3 kuih bakar dan 2 kuih bakar berlauk. Beli lebih untuk ole-ole bagi mak di Pilah. Kuih bakar dibungkus satu-satu dalam kotak. Sesuailah untuk jadikan ole-ole dari Melaka.

Kafe Kueh Mueh D'Melaka

Kuih bakar dia sedap betul. Sedang elok manisnya tak manis sangat. Taburan bijan pun meriah. Bila saya panaskan dalam microwave pun lembut je teksturnya.

Kafe Kueh Mueh D'Melaka

Kuih bakar berlauk pun banyak juga lauk diletakkan diatasnya. Lauk daging yang juga sedap. Bila dipanaskan pun lembut juga.

Kafe Kueh Mueh D'Melaka

Kira puas hati dengan rasa kedua-dua kuih bakar ni. Selain tu kami beli kuih keria dan kuih serabai. Kuih sedap sedap lembut di dalam, rangup diluar yang boleh digigit. Tak keras, mesra gigi gitu. 

Kafe Kueh Mueh D'Melaka

Kuih serabai pula pertama kali makan. Rasa dia lembut dan masam-masam sikit macam tosei/dosa. Ehh ni macam kena cicah dengan something je. Rupanya memang kena ada pencicahnya baru lah namanya makan tosei. Tapi kami tak tahu mana sos pencicahnya sebab take away. Sudahnya makan begitu je.

Selain kuih muih, kami sempat juga mencendol kejap. Cendol dalam cup lah tapi. Baru nak feel mencendol dalam mangkuk yang biasa tu. Senang jugalah letak dalam cup, senang nak take away. Berbaloi dan puas hati membeli kuih muih di Kafe Kueh Mueh D' Melaka ni. Sedap!

Kafe Kueh Mueh D'Melaka
R & R Simpang Ampat
Jalan Kampung Perling, Kampung Lendu Pekan, 78000 Alor Gajah, Melaka

Datang Melaka tak sah kalau tak cari kuih bakar dan kuih keria. Selain tu asam pedas wajib makan juga. Tapi disebabkan kita baru balik kenduri dah makan nasi minyak, tak sanggup dah nak sumbat makanan lagi. Lain kalilah singgah Melaka makan asam pedas.


12 comments:

  1. Sedap nmpk kuih bakar dia.. Kalau ke sana, insyaAllah blh kami singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Boleh cuba singgah dan rasa kot kena dengan selera juga.

      Delete
  2. Wak kalau ke melaka cari cencaluk dan belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya, ni pun wajib beli jugak ni kalau peminat cencaluk dan belacan. Dulu minat juga cencaluk tapi sejak kurang masin ni dan encik suami tak suka belacan. Jadi tak membeli dah. Tapi sesekali dapat makan sedap juga.

      Delete
  3. Replies
    1. Tempat dia tak sibuk sangat. Laluan jalan besar. Senang juga nak singgah membeli sebab R&R kan.

      Delete
  4. Baru berangan nak pergi beli, kat Alor Gajah rupanya. Kat JB ni ada jugak kiosk kuih bakar macam ni cuma yg susah nak jumpa, serabai jer. Orang Johor agaknya kurang makan serabai, jadi tiada penawaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih bakar sekarang macam dah ada dimana-mana dah. Yang serabai tu benar sekali payah nak jumpa. Ini first time saya jumpa dah tahu rupa kuih serabai pun. hihi...Mungkinlah kot bonda, jakun sikit saya jumpa kuih serabai ni.

      Delete
  5. Tak pernah makan yang berlauk. Teringin juga nak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba nani kalau terjumpa yang jenis berlauk. Macam kuih cara berlauk juga lebih kurang.

      Delete
  6. Wah sedap tu...tapi jauh lak Alor Gajah... Cuya beli di Jasin je harga cuma Rm3 ke RM3.50..
    jauh beza tu harga ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Kat Jasin tu kat mana ye? jauh jugak beza harga tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.