Gadgets

Kempunan Nak Makan Asam Pedas Melaka

Dah macam kisah Mak Timah merajuk sebab kempunan telur ikan tembakul dalam cerita batu belah batu bertangkup lah pula. Tapi kita kempunan tak pergi batu belah batu bertangkup. Kita pergi membawa diri makan di kedai lain je.

Haritu pergi melawat abang saya di Hospital Jasin, terlimpaslah satu kedai ni. Macam menarik je kedainya. Kononnya nak rasa asam pedas lah selepas melawat nanti. 

Seperti yang dirancang, kita pun singgah di Asam pedas Lipat Kajang. Dah siap parkir dah nak masuk kedai dah pun, pekerja yang tengah menyapu di situ cakap kedai dah tutup. Alahaiii..tak ada rezeki kita lah nak merasa asam pedas pun.

Kedai tutup pukup 4 petang. Kami sampai masa tu dah pukul 4 lebih dah. Langkah kiri lah kami sebab kedai baru je tutup.

Asam Pedas Lipat Kajang Merlimau Melaka

Dia cadangkan pergi kedai makan berhampiran. Kami pun singgahlah satu kedai ni tapi tak ada pula menu asam pedas. Jadi kami pesan nasi goreng sotong, sotong celup tepung, nasi goreng USA, air sirap, carrot susu dan air kosong.

Biasanya nasi goreng sotong dicampur dengan nasi goreng tu kan. Tapi di kedai ni nasi goreng sotong dia masak macam masak lauk paprik tu. Tak sama macam menu nasi goreng sotong yang pernah saya makan sebelum ni di kedai-kedai lain.

Tapi saya okay je, lain kedai lain cara persembahan makanannya kan. Walaupun berbeza tapi sedap juga nasi goreng sebegini rupa. 

nasi goreng sotong

Tak pasti apa nama kedai ni, signboard tertutup dengan daun pokok tu pula. Lia ke Lina entah. Kedai tomyam seafood Sebelah Pejabat FELCRA Sri Mendapat Merlimau, Melaka.

kedai tomyam seafood merlimau

Kami duduk di meja luar sebelah jalan. Sesekali pilih duduk makan di tempat terbuka ambil angin luar. Kawasan kedai ni luas dan banyak meja. Barangkali tempat ni sentiasa ramai pengunjung kot. Kalau ramai datang tu maknanya makanan kat situ sedap lah kan. Alhamdulillah sedap makan di sini. 

10 comments:

  1. Biasanya kalau dah kempunan terus merajuk tak nak makan yang lain.
    Ini lain pula ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah tu. Lain pulak jadinya kan. Dia janji makan, gituu...

      Delete
  2. Nampak kejadian nasi goreng tu cantik menarik je Fiza..itu la akak pun selalu makan nasi goreng sotong dia campur sekali sotong dalam nasi..ni macam nasi goreng sotong paprik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga rupanya kan kak. Itulah tu, biasa campur dengan nasi. Yang ni memang macam lauk paprik sotong betul. Tapi sedap juga.

      Delete
  3. apasal nasi gorengnya nampak menggoda sangat nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pun dah rasa tak sabar nak makan. Kan Kak Yan? Hihi..Mujur indah rupa, indah juga rasa dia.

      Delete
  4. In syaa Allah ada rezeki boleh datang lagi dan makan asam pedas Melaka di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada rezeki singgah Melaka boleh cari asam pedas lagi.

      Delete
  5. Nasib baik my MIL baru masakkan asam pedas ikan minggu lepas. Kalau tak, dgn saya2 sekali terliur rindukan asam pedas Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..akak lagilah jauh tu kalau mengidam yang made in Malaysia. Syukur ada MIL masakkan asam pedas. Confirm sedap makan masakan air tangan mak mak kita kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.