Gadgets

Trend Velvet Wire/ Dawai Bulu Flower Bouquet Viral

Okay, ini last cerita graduation flower bouquet. Bunga terakhir yang encik suami dapat sempena konvokesyen haritu. Bunga ni tak dapat masa hari majlis tapi dapat 2 hari selepas majlis. Bunga yang datang tanpa di jangka.

Ceritanya encik suami dapat text dari DHL untuk hantar barang. Kami pun beteka-teki lah tak tahu barang apa sebab tak ada membeli apa-apa. Sampai je barang di rumah, saya nampak tulis Paksu Aidil. 

Maknanya anak buah saya lah yang bagi. Siapa lagi yang panggil Paksu selain anak buah saya. Di situ sudah kantoi. Konon nak surprise agaknya. Dah kita ingat scammer pula yang hantar text tu. Risau pula nak klik linknya pun. 

Risau juga nak terima bungkusan tu sebab risau scammer juga kan. Mujur nama tu ada 'Paksu'. Kalau tidak, risau nak buka!

Dengan izin suami, saya pun buka bungkusan tu. Wahhh! Cantiknya! Kiriman dari anak-anak buah saya & kakak saya sekeluarga. Bunga yang takkan mati katanya.


Bunga yang tengah trending sekarang ni. Orang panggil bunga kawat bulu/ dawai bulu atau velvet wire flower. Kreatif betul pembuatnya. Cantik kejadian velvet wire flower bouquet ni. Memang sesuailah untuk dihadiahkan pada orang jauh. Pos je tak akan rosak. 

Masa saya terima pun dalam kotak elok je. Tak rosak dan ringan betul kotaknya. Ingat kena scam tak ada barang dalam kotak tu.

Velvet Wire/ Dawai Bulu Flower Bouquet

Dari pandangan mata saya nampak macam bunga tulip dan bunga lily. Ada juga diletakkan patung graduan bear di situ penambah seri dan tanda konvokesyen. Menarik betul! 

Velvet Wire/ Dawai Bulu Flower Bouquet

Terima kasih anak-anak buah semua bagi paksu hadiah bunga konvo. Semoga semua dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.