Gadgets

Siaran Langsung Live Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023

Siaran Langsung Live Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023 bakal menyaksikan 8 persembahan peserta yang layak ke pentas Akhir Stars Gegar Vaganza (GV10) dengan 3 persembahan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Gegar Vaganza menyenaraikan seramai 8 peserta layak ke konsert Akhir/ final Gegar Vaganza dan membawa sebanyak 3 tugasan berbanding dua tugasan pada musim-musim GV sebelum ini.

Buat pertama kalinya juga Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza diadakan dalam venue yang besar iaitu di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan menggalas tugas mereka sebagai hos/ pengacara Gegar Vaganza dan turut mempersembahkan lagu duet bersama pasangan duet Amar Ahnaf dan Anna Jobling dalam acara pembukaan pentas akhir GV10.

Juri tetap pula terdiri daripada maestro muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia iaitu Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Final All Stars Gegar Vaganza 10 GV10 2023
sumber : Astro

Senarai 8 peserta yang layak Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023

  1. Siti Nordiana
  2. Tomok 
  3. Azharina
  4. Nikki Palikat
  5. Naqiu
  6. Hady Mirza
  7. Jaclyn Victor
  8. Liza Hanim

Senarai tugasan peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) 2023

Tugasan peserta di pentas Konsert Akhir/ Final All Star Gegar Vaganza musim 10 2023 ini lebih mencabar apabila diberikan 3 tugasan iaitu persembahan solo, lagu duet bersama artis jemputan dan lagu battle 2 kumpulan yang terdiri daripada 4 peserta dalam 1 kumpulan.

Tarikh : 10 Disember 2023
Juri jemputan : Ella

Pusingan 1 : Solo

Tema : Bebas
PesertaLagu dan nyanyian asalMarkah
Siti NordianaKisah hati (Datin Alyah)
TomokSeberapa pantas (Sheila On 7)
AzharinaHalo (Beyonce)
Nikki PalikatTragedi buah epal (Anita Sarawak)
NaqiuNur Nilam Sari (Dato' Awie & Search)
Hady MirzaMaking love out of nothing (Air Supply)
Jaclyn VictorWhen you believe
Liza HanimMy heart will go on (Celine Dion)

Pusingan 2 : Duet

PesertaPasangan DuetLagu dan nyanyian asalMarkah
Siti NordianaIrfan SeventeenKemarin (Seventeen)
TomokArmand MaulanaTerbang (gigi)
AzharinaDato' Ramli SaripKamelia (Sweet Charity)
Nikki PalikatDato' Zainal AbidinJauh (Dato' Zainal Abidin)
NaqiuCakra KhanKekasih Bayangan (Cakra Khan)
Hady MirzaDayang NurfaizahSeandainya masih ada cinta (Dayang Nurfaizah)
Jaclyn victorDato' Jamal AbdillahSandarkan pada kenangan (Dato' Jamal Abdillah)
Liza HanimAina AbdulTerus hidup (Aina Abdul)

Pusingan 3 : Gegaran Battle Vaganza

FinalisLagu dan nyanyian asal
Siti NordianaKill This Love (Blackpink)
Tomok
Jaclyn Victor
Liza Hanim
AzharinaSorry, Sorry (Super Junior)
Nikki Palikat
Naqiu
Hady Mirza

Siaran Langsung Live Streaming Konsert Akhir/ Final GV10 2023

Pentas akhir akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Disember 2023, hari Ahad, jam 9.00 malam.

Final All Stars Gegar Vaganza 10 GV10 2023

Final GV10 disiarkan secara eksklusif menerusi saluran 104 Astro Ria dan boleh distrim melalui platform On Demand untuk pilihan lebih fleksibel menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Waktu siaran : Ahad, 10 Disember jam 9:00 malam
Tempat : Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Siaran TV :  Astro Ria (CH104)
Live strim : Astro Box dan Astro GO, Sooka

Penonton secara live streaming di platform Sooka. dengan melanggan pas 24-jam berharga RM12.90.

Tiket Konsert Akhir/ Final All Stars Gegar Vaganza (GV10) 2023

Untuk menyaksikan di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur, penonton boleh mendapatkan tiket masuk menerusi ticket2u.com.my.

Keputusan Penuh Pemenang Gegar Vaganza 10 (GV10) 2023

Juara : Jaclyn Victor

Juara GV10 bakal membawa hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts, saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka dan trofi.

Semua finalis akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Astro, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan dan trofi emas ASGV.

Anugerah pilihan Bos Susu : Naqiu (Pemenang akan membawa pulang RM10,000)
Anugerah bintang paling power meow (Markah tertinggi dari juri) : Jaclyn Victor
Bintang Cuckoo paling gempak (Undian peminat) : Naqiu
Anugerah gegaran generasi Juara (Undian peminat) : Siti Nordiana

Carta kedudukan dan keputusan markah keseluruhan peserta 

Juara : Jaclyn Victor - 80.10%
Naib juara : Hady Mirza - 75.74%
Tempat ketiga - Nikki Palikat - 73.18%
Tempat keempat - Liza Hanim - 72.34%
Tempat kelima - Naqiu - 72.18%
Tempat keenam - Tomok - 71.46%
Tempat ketujuh - Azharina Azhar - 69.64%
Tempat kelapan - Siti Nordiana - 61.14%

Senarai Juara gegar vaganza

Juara GV 1 : Ayai Ilusi
Juara GV 2 : Siti Nordiana
Juara GV 3 : Azharina
Juara GV 4 : Datuk Aishah
Juara GV 5 : Noryn Aziz
Juara GV 6 : Naqiu & Hady Mirza
Juara GV 7 : Cliff Umar
Juara GV8 : Aliff Aziz
Juara GV9 : Jaclyn Victor
Juara GV 10 : Jaclyn Victor

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.