Gadgets

Drama Hikayat Pak Belalang (Astro Ceria)

Pak Belalang, seorang ahli Nujum Negara nama yang tidak asing lagi dalam cerita rakyat. Cerita yang tidak pernah jemu ditonton lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Astro Ceria membawakan sebuah Drama pendek 4 episod bertajuk Hikayat Pak Belalang inspirasi daripada filem Nujum Pa' Belalang tahun 1959 yang akan bersiaran mulai 11 Disember 2023, setiap hari Isnin jam 9:00 malam menerusi saluran 611, Astro Ceria dan online strim menerusi Astro GO.

Hikayat Pak Belalang

Drama Hikayat Pak Belalang diarahkan oleh Razif Ajiboy dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

DRAMA HIKAYAT PAK BELALANG

Mula siaran : 11 Disember 2023
Waktu siaran : Isnin, jam 9:00 malam
Siaran TV : AStro Ceria (CH611)
Strim online : Astro GO
Pengarah : Razif Ajiboy
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Drama ini dibintangi oleh para pelakon dan juga pelawak seperti Bell Ngasri, adik Haziq Asyraf, Dato' Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha, Fadhli Masoot, Jabir Meftah, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.
  • Bell Ngasri sebagai Pak Belalang
  • Haziq Asyraf sebagai Belalang
  • Ruhainies sebagai Tuan Puteri
  • Jabir Meftah sebagai Jantan
  • Sherry Ibrahim sebagai Mak Belalang

SINOPSIS HIKAYAT PAK BELALANG

Drama Hikayat Pak Belalang mengisahkan tentang Pak Belalang dengan anaknya yang cerdik pandai. Pak Belalang berpakat untuk menawarkan dirinya sebagai ahli nujum negara.

Hikayat Pak Belalang

Dengan cara itu, Pak Belalang dapat membantu rakan dan orang kampung yang akan membawanya ke istana diraja untuk membantu menyelesaikan rompakan, tetapi keadaan bertukar menjadi rumit apabila pembohongan mereka mula terbongkar.

Ikuti kisahnya dalam Drama Hikayat Pak Belalang di Astro Ceria setiap hari Isnin jam 9:00 malam.

2 comments:

  1. CUya pernah tengok versi P.Ramlee jee... Kat rumah takde atro ceria.. huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.