Gadgets

Goodbye 2023, Hello 2024!

Goodbye 2023 Hello 2024

Goodbye 2023, Hello 2024! Tahu-tahu tahun 2023 bakal berakhir. Terasa cepatnya tahun 2023 berlalu pergi. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan semigggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam, sejam bagaikan seminit. Begitulah perumpamaanya.

Jika penutup tahun 2022 berakhir dengan berita duka, tahun 2023 diakhiri dengan perkara yang indah-indah dan manis untuk dikenang. Setiap perancangan Allah itu pasti yang terbaik buat kita. Move on dan jalani hidup dengan penuh rasa kesyukuran kerana bila kita bersyukur, insha Allah Allah akan beri lebih.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
wa iż ta`ażżana rabbukum la`in syakartum la`azīdannakum wa la`ing kafartum inna ‘ażābī lasyadīd
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Surah Ibrahim, ayat 7

Kisah blog pula, pencapaian blog agak menghampakan. Mula-mula stress tapi sekarang slowly malas ambil pusing. Begitulah life seorang blogger, ada masa naik turunnya. Blog bukan milik kekal, begitu juga kita. Satu hari kita akan pergi jua.

Tahun ni tak mampu nak blogwalking macam sebelum ni. Slow down sikit. Komen pun dah tak banyak melekat di blog. Kita pun tak banyak memberi, tak banyaklah kita menerima. Begitulah...Tak banyak hal personal yang diluah di blog. Cerita terkini je lah yang ada pun, biar blog tak sunyi terus.

Maaf ye kawan-kawan mana yang tak sempat saya ziarah lagi. Come back stronger untuk tahun depan. Apa azam baru tahun ni? Azam kurus dah tercapai ke belum?

Azam tahun ni kita carry forward je lah mana yang belum tercapai tu. Harap tahun 2024 berjaya menyempurnakannya.

6 comments:

  1. Selamat menyongsong harapan baru Cik. Situasinya sama juga nih, tahun ini saya tak banyak interaksi dengan teman2 blogger, lagi malas update juga blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh samalah kita. Takpe, tahun ni kita bangkit memeriahkan dunia blogger. Selamat tahun baru 2024.

      Delete
  2. Azam kurus Cuya belum tercapai kak... makin menambah berat ada la...ehehhehhe
    Mood menulis Cuya pon turun naik, kadang2 taktahu nak tulis apa tapi gigiihkan juga la menulis.

    Moga akk comeback stronger!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh carry forward untuk tahun ni tu Cuya.
      Marilah kita bergandingan come back stronger!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.