Gadgets

Telefilem Ambon (TV1)

Tonton Telefilem Ambon ulang siaran di slot panggung RTM TV1 dan secara strim online di RTMKlik pada 23 Disember 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam.

Telefilem Ambon

Ambon merupakan telefilem arahan Amin Masyhur terbitan Cineorama Production dan skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim menampilkan barisan pelakon seperti Muntazar Ghufran, Zarina zainuddin, Alif Hadi, Dottie, Ebby Yus, Fateha Khairul Nizam dan ramai lagi.

TELEFILEM AMBON

Waktu Siaran : Sabtu, 23 Disember 2023, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Strim online : RTMKlik
Penulis skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Amin Masyhur
Produksi : Cineorama Production

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Muntazar Ghufran, Zarina zainuddin, Alif Hadi, Dottie, Ebby Yus, Fateha Khairul Nizam, Muhammad Aidil Rafiq dan Daniel Zulkifli
  • Muntazar Ghufran sebagai Ambon
  • Fateha Khairul Nizam sebagai Nadia  

SINOPSIS AMBON

Tefilem Ambon mengisahkan tentang Ambon, seorang budak lelaki yang berumur 10 tahun bersekolah di bandar menghabiskan cuti sekolah di kampung neneknya. Pada masa yang sama, sepupunya Nadia yang juga bersekolah di bandar datang bercuti di kampung neneknya.

Nadia merupakan seorang budak yang sangat pendiam, kurang berkawan, suka bermain bersendirian dan gemar menggunakan gajet-gajet komputer. Manakala Ambon seorang budak yang sangat peramah serta mempunyai pengetahuan tentang komputer tetapi gemar berkawan dan bersosial. 

Apabila bercuti di kampung, Ambon mempunyai ramai kawan. Sebaliknya, Nadia tidak suka berkawan. Tetapi Ambon cuba mengajak Nadia berkawan dan tidak menyombong diri. Di kampung juga mereka mengenali Chan, Pul, Kak Aida, Abang Edi, Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Ambon dan kawan-kawannya berkawan baik, bermain bersama-sama seperti bermandi-manda di sungai serta bermain dengan serangga dan rama-rama. Satu perkara yang terpuji yang dibuat oleh Ambon dan Nadia adalah menjadi orang perantaraan yang dapat mengeratkan perhubungan antara Abang Edi dan Kak Aida. 

Pada masa sama juga mereka juga menjadi wakil perhubungan antara Tuk Sabariah dan Haji Jefri. Kemuncak kepada kisah keangkuhan Nadia ialah apabila Nadia bersikap sombong, tidak mahu bergerak bersama-sama ketika mereka berjalan di hutan. 

Akhirnya Nadia tersesat jalan, jatuh ke dalam lubang dan kakinya cedera. Ambon dan rakan-rakan berusaha mencari Nadia. Dalam pada itu, Nadia mula insaf dan ingin memohon maaf atas keegoannya sebelum ini. 

Bagaimanakah Nadia dijumpai? Ikuti kisah pengajaran dalam Telefilem Ambon di TV1.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.