Gadgets

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Di Setiap Negeri

Menjelang tahun baru, banyak acara sambutan ambang tahun baru 2024 akan diadakan di beberapa lokasi peringkat negeri. Jika dulu setiap kali acara sambutan tahun baru dimeriahkan dengan percikan bunga api. Itulah acara kemuncaknya. 

Tapi tidak sekarang, pelbagai acara yang diadakan bagi meraikan tahun baru selari mengikut keadaan semasa. Bagi yang tertanya-tanya sambutan tahun baru 2024 dimana tahun ni, di bawah saya kongsikan senarai lokasi sambutan ambang tahun baru 2024.

Saya tak pasti sama ada sambutan tahun baru 2024 di Dataran Merdeka ada atau tidak. Yang menariknya, menjelang 1 Januari 2024 rakyat Malaysia akan dapat merasai pengalaman Malaysia bersalji di KLCC yang diberi nama KLCC Winter Wonderland.

Selain persembahan bunga api, tahun ini juga meriah dengan persembahan lampu neon. Rujuk lokasi serta acara yang akan dipersembahkan di setiap lokasi.

Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 di seluruh Malaysia

Selangor

  • Dataran Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024

Acara : Berselawat
Waktu : Ahad, 31 Disember 2023
Masa (Pelbagai khemah pameran dan aktiviti) : 3.00 petang - 7.00 malam
Masa (Acara Darul Ehsan Berselawat) : 7.00 malam - 11.59 malam
Nota : Sila bawa sejadah, tikar dan pakai pelitup muka

untuk maklumat lanjut : @MediaSelangor

  • i-City Shah Alam, Selangor

Acara : Pertunjukan bunga api dan permainan interaktif
Tarikh : 31 Disember 2023

  • Surf Beach Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor

Acara : Pink Fish Countdown 2024 (Pertunjukan bunga api dan persembahan artis antarabangsa seperti KSHMR, Andrew Rayel, Coone, Jeffrey Sutorius dan ramai lagi)
Tarikh : 31 Disember 2023
Masa : Jam 4.30 petang


Kuala Lumpur

  • Sky Deck KL Tower

Acara : Sambutan Tahun Baru di Menara KL Tower
Tarikh : 31 Disember 2023
Masa : jam 10:00 malam
Nota : Terhad kepada 250 sahaja

  • Taman Suria KLCC

Acara : Art In The Park, KLCC
Tarikh : 29 Disember 2023 - 1 Januari 2024
Masa :10:30 pagi - 3:30 petang

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024

Pengunjung boleh menyaksikan hiasan lampu Menara Berkembar Petronas di Taman Pancuran Lake Symphony. Boleh juga sertai bengkel seni secara percuma tapi terhad.

Untuk maklumat lanjut @KLCCtheplace

  • KLCC Winter Wonderland

Acara : Main salji dan shopping
Tarikh : Setiap malam sehingga 1 Januari 2024
Masa : 7:45 malam
Lokasi : Main Entrance, Level G, Avenue K, Suria KLCC (seberang jalan dari KLCC)

  • The Exchange TRX

Acara : Countdown di The Exchange TRX
Tarikh : 31 Disember 2023
Masa : 5:00 petang
Tempat : Plaza Raintree di TRX

Pengunjung perlu membuat RSVP menerusi aplikasi The Exchange TRX. Daftar dan buat tempahan di bawah tab Exclusive Events. Acara ini akan dimeriahkan dengan persembahan artis antarabangsa dalam sesi meet and greet eksklusif, pertunjukan dron, persembahan bunga api yang dan banyak lagi acara.

  • Dreamland di Central Market

Acara : Dreamland Rendezvous
Tarikh : 29 Disember hingga 1 Januari 2024
Masa : 10:00 pagi sehingga lewat malam.

Par pengunjung boleh membeli belah, kopi-kopi, menyaksikan persembahan muzik serta tarian dan bergambar cantik-cantik.

  • IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong

Acara : New Year Countdown
Tarikh : 31 Disember 2023
Masa : 6:00 petang - 12:30 tengah malam

Pengunjung bakal menyaksikan persembahan artis tempatan, pertunjukkan magik, persembahan percikan bunga api, penampilan istimewa oleh Didi and Friends, trak makanan, Fire Pyro, pertunjukan Fire Eater dan banyak lagi.

  • Rooftop Garden, Lalaport Bukit Bintang City Centre

Acara : Wishing board, face painting, persembahan muzik band dan midnight party countdown
Tarikh : 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024
Masa : 4:00 petang

Melaka

  • Dataran Pengkalan Rama

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024

Acara : Sambutan ambang tahun baru 2024 dan Sambutan tahun melawat Melaka 2024 dengan persempahan bunga api dan artis tempatan
Tarikh : 31 Disember 2023
Masa : jam 8:00 malam

Negeri Sembilan

  • Lexis Hibiscus Port Dickson

Acara : Kiraan detik tahun baru 2024, permainan karnival, zoo haiwan peliharaan, gerai foto, hadiah cabutan bertuah dan pelbagai hiburan termasuk persembahan tarian LED dan pertunjukan api yang memukau khas untuk penginapan 3H2M.

  • Glory Beach Resort, Port Dickson

Acara : Persembahan bunga api (New Year Firework)
Masa : 8:00 malam sehingga tengah malam


Perak

  • Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024

Acara : Sambutan Ambang Tahun Baru 2024, Perak Bike Week 2023, Finale Perak Travel Fair, Wayang Pacak, Pertandingan Muzikustika dan Popstarz, Kuiz Pelancongan, Sharing Session, serta VPY Fun Run
Tarikh : 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024

Sarawak

  • Kuching Waterfront

Acara : Sambutan tahun baru 2024 dengan pelbagai aktiviti menarik seperti konsert artis tempatan, bazar kraf dan makanan, pertunjukan bunga api, dan banyak lagi.
Masa : 8:00 pagi hingga 12:05 tengah malam

Untuk makluman, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya bersempena sambutan ambang tahun baharu 2024 di sekitar ibu negara.

Ia melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KLStesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 1.30 pagi

sumber : therakyatpost

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.