Gadgets

Siaran Langsung Live Derby Kelantan, Kelantan vs Kelantan United Liga Super 2023

Pertembungan 'Derby' Kelantan antara pasukan Kelantan menentang Kelantan United berlangsung pada 16 Disember 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, stadium keramat untuk kedua-dua pasukan.

Kelantan vs Kelantan United

KELANTAN vs KELANTAN UNITED

Skuad The Red Warriors (TRW) selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan pelawat Kelantan United dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh enam, perlawanan penutup tirai Liga Super musim ini.

Prestasi pasukan Kelantan FC pada musim ini terus merosot dan menyebabkan pasukan ini berada di kedudukan tercorot dalam liga. Pasukan Kelantan yang terdiri daripada pemain muda juga telah mencipta rekod bolos lebih daripada 100 gol.

Lain pula ceritanya pasukan Kelantan United yang masih mampu memberikan saingan hebat kepada pasukan lawan dan kini berada di tempat ketiga tercorot. 

Pasukan Kelantan perlu bangkit dan mempamerkan aksi cemerlang bermain untuk membuktikan pasukan ini masih mampu memberikan saingan dan menutup tirai liga musim ini dengan kemenangan.

Skuad sang kijang hijau juga pasti akan memburu kemenangan dan memberikan saingan sengit menentang pasukan tuan rumah.

Pada pertemuan minggu ketiga belas yang lalu, pasukan Kelantan United FC berjaya membenam pasukan Kelantan FC dengan 4 gol dibalas 1 gol.

baca juga

Siaran Langsung Live Stream Kelantan vs Kelantan United Liga Super 2023 LS26, 16 Disember

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan vs Kelantan United dari Stadium Sultan Muhammad ke-IV menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM12.90.

Waktu siaran : Sabtu, 16 Disember 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan ini boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline.com.my

Keputusan masa penuh perlawanan/live score results

Keputusan perlawanan antara Kelantan FC vs Kelantan United FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-26 (LS26) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KELANTAN FC/ KEL(2) - (6) KELANTAN UNITED FC/ KLU
  • Afif Jazimin 13’ 25’
  • Hafiy Haikal 29’ 
  • S.Sharvin 49’ 75’ 
  • Ismaheel 59’ 
  • Royyizat 90+1 
  • Indra Putra 90+3 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.