Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Bila encik suami dapat cuti untuk hadir ke Robing Ceremony atau Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023, kita pun turut meraikan majlis. Nak juga merasa pengalaman yang bukan mudah untuk dirasai.

Robing ceremony encik suami sehari sebelum majlis konvokesyen. Mujurlah dapat cuti 2 hari. Kalau tidak, cuti pada hari konvokesyen je lah jawabnya. 


Para graduan masuk dewan lain, tetamu keluarga duduk dalam dewan lain. Kurang feel pula lain-lain dewan. Di dewan tetamu disediakan skrin besar di depan. So, para tetamu fokus pada skrin je lah.

Majlis ni juga disiarkan secara siaran langsung (live) melalui facebook. Keluarga yang jauh bolehlah tengok secara live walau dimana berada. Tak semua orang boleh datang bila kejadian hari bekerja. Bukan senang nak dapat cuti pun kan.

Tak tunggu lama, majlis pun bermula. Tiba giliran encik suami, kita dah standby ambil gambar. Gambar jauh pun jauh lah, janji dapat ambil gambar buat kenangan. 

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Sesi pemakaian jubah graduan Doktor Falsafah 2023. Saat ni akan meninggalkan kenangan manis buat graduan. Kita yang melihat pun rasa respect dan bangga dengan mereka yang berpenat lelah belajar sampai tahap tertinggi ni. Benda bukan mudah untuk dicapai.

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Selesai pakai jubah dan round hat bonnet, sesi ambil gambar pula.

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Habis sesi pemakaian jubah, graduan masuk ke dewan para tetamu untuk sesi ambil gambar pula. 

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)
Tahniah untuk semua para Doktor Falsafah

Gambar berdua itu lebih baik perlu ye. Abadikan kenangan meraikan robing ceremony encik suami.

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Tak lupa juga bergambar bersama Prof, Pensyarah, Para Doktor Falsafah dan doktor to be soon.

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Di luar dewan ada senarai graduan, tak lupa juga untuk dipotretkan. 

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Puan isteri pun acah-acah photographer tak bertauliah kejap. Sebelum balik, kita luangkan masa kejap untuk sesi photoshoot. Kalau tidak, bila lagi kan. Masa yang ada ni lah kita ambil peluang untuk potretkan kenangan manis bak gula. 

Lagipun bangunan di UKM ni unik dan menarik, design gaya industri. Terpaling suka dengan dinding batu bata merah ni. Rugilah kalau tak bergambar di sini. Cantik!

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Dengan lighting yang ada, sangat membantu memberi kesan yang cantik bila dipotretkan. Kann...

Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony)

Alhamdulillah, selesai robing ceremony encik suami. Esoknya barulah hari konvokesyen. Dapat juga flowers bouquet dari Prof selaku penyelia encik suami dan satu lagi dapat masa majlis tadi. Flower bouquet dari Puan isteri untuk hari konvo esoknya lah.


4 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah2x...linda salute semua yang sambung belajar ke master dan Phd...hebat semuanya...mcm2 perlu dikorbankan...tahniah2x...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.