Header Ads

Pagi Pagi Dah Makan Nasi dan Sambal Sardin

Pagi ni nak masak apa ek? Soalan yang sendiri tanya sendiri jawab. Otak pun mulalah jalankan tugas scan apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak. Ting! Idea muncul terus. Masak nasi dan lauk sardin je lah, okay tak? Soalan yang ditanyakan pada husband. Okay je jawabnya. Alright!

Husband masak nasi dan saya masak lauk sardin. Pesan kat husband masak nasi lebih sikit boleh masak nasi goreng sardin untuk makan tengahari. Petang nanti kalau ada baki sardin boleh buat sandwich sardin atau cucur rangup cicah sambal sardin. Banyak pulak menu sardin yang muncul dalam kepala ni.

  • sardin cicah roti
  • sambal sardin kentang
  • gulai sardin
  • asam pedas sardin
  • nasi goreng sardin
  • rendang sardin
  • mee goreng sardin
  • roti jala sardin

Jangan tak tahu sardin ni boleh dipelbagaikan menu macam-macam. Menu diatas antara yang ada dalam google. Tak pernah lagi pulak sardin buat rendang, mee goreng dan sambal pedas. Mungkin boleh cuba nanti.

Lain kali boleh cuba tapi harini saya masak sambal sardin cili api.

Resipi Sambal Sardin Cili Api

Tumis hirisan bawang besar sampai naik bau, kemudian masukkan bahan kisar (cili api, bawang merah dan bawang putih). Dah naik bau dan garing, masukkan sardin dan air secukupnya. Bila hampir kering, baru masukkan asam keping dan garam. Siap!



Sebenarnya pertama kali beli sardin jenama Adabi disebabkan Sardin cap ayam (baca : Sardin Ayam Brand) tak ada. Memanjang bila beli barang tak nampak kelibat Sardin Ayam Brand. Sudahnya pilih mana yang ada je lah. 

Sambal Sardin Adabi

Rasa sardin adabi ni agak lain sungguh dengan sardin yang biasa makan. Bau dia pun macam lain sikit. Tak tahu lah nak describe macam mana. Mula mula rasa macam tekak tak boleh terima. Tapi dah lama lama dah serasi okaylah tak pelik sangat. Tak kenal maka tak cinta. Macam tu lah ibaratnya.

Tak pandai masak sardin? Paling mudah, buka tin masukkan sardin dalam kuali dan panaskan. Nak sedap? Kenalah menumis bagai. So far tak pernah lagi panaskan macam tu je. Mesti kena tumis dan masak lama sikit. Baru yakin nak makan.

Semalam dah umumkan Kuncitara (PKP3.0) dilanjutkan 2 minggu lagi. 15-28 Jun 2021. Semoga cepatlah turun kes dan bebas PKP, bebas kesana kesini. 


17 comments:

  1. paling suka masak sambal sardin mmg lebihkan cili...
    suka pedas2 gitu baru puas makan ahhaah

    ReplyDelete
  2. Sedap . kalau Naim , makan sardin dengan roti gardenia putih

    ReplyDelete
  3. Kalau makan sardin, saya suka makan sekali bersama telur... ngan bendi.. Tapi kalau dah lapo sangat, tak kisah pun..

    ReplyDelete
  4. malam ni mcm nak masak sardin pulak.hehe

    ReplyDelete
  5. Akak selalu beli sardin brand Adabi, Fizah. Kalau takde, baru ambik brand lain. Buat nasi goreng sardin, best!

    ReplyDelete
  6. Shida sardin biasa pilih ayam brand..belum pernah cuba hat adabi..shida jarang nk msk lauk ikan..sbb husben xmkn ikan huhu..susahnya..rasa yg kita ni mkn ikn..

    ReplyDelete
  7. Fiza, kt Zemart ada banyak sardin cap ayam...akak pun buat lauk sardine cicah lempeng pagi tdi

    ReplyDelete
  8. Lauk paling senang hahaha, tambah telur dadar satu lagi. Simple janji kenyang :D

    ReplyDelete
  9. Sardin dalam tin sudah menjadi barang dapur wajib ada sejak PKP 1.0 - PKP 3.0. Kak Amie suka beli Ayam Brand, tapi kadang-kadang tak ada pula. Ambil jugalah sardin lain walau jenama lain. Daripada tidak ada, baiklah ada kan Fizah.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya..hari tu baca ada blogger buat laksa lagi pakai sardin. Cap ayam tu femes sangat, tu yang ramai buat stok kat rumah. PKP tak boleh banyak keluar

    ReplyDelete
  11. Macam terbalik pagi makan nasi putih dengan sambal sardin.
    Akak pun pertama kali juga beli Sardin Adabi, cuba masak waktu bulan puasa. Boleh tahan.

    ReplyDelete
  12. Pernah beli, tapi tekak macam tak boleh teeima sardin Adabi ni. Sebelum ni ada lagi satu jenama, saedin Alif, pun rasanya pelik. Kena masak berkuah macam kari tu baru boleh terima rasa sardin tu

    ReplyDelete
  13. Klu nak dibandingkan ayam brand ngan adabi, saya suke ayam brand lagi… ntah la, apa2 pon sardin ayam brand paling sedap bg saya

    ReplyDelete
  14. Yaaa.. selalunya mak cari ayam brand jugak.. Macam tak pernah try Adabi.. hoho... Apa pun, raikan perbezaan.. Kalau boleh diterima tekak, layankan aje... campur ngan lauk lelain.. Mungkin Tak terasa lain sangat..

    ReplyDelete
  15. Kalau Sha masak sardin, mesti nak tumis bawang dulu.. Kalau tak emmang tak lalu nak makan.. pelik rasa dia.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.