Header Ads

Nasi Goreng Sardin Malas Malas Bukan Bodo Bodo

Cerita semalam. Seperti yang dirancang, untuk makan tengahari nak masak nasi goreng sardin sebab pagi dah menjamu nasi dan sambal sardin.

Resipi nasi goreng sardin masak cara Fiza

Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Guna minyak yang sama tumis hirisan bawang merah dan bawang putih. Masukkan sambal gesek 2 sudu. Ini kerja menumis bila saya dah malas nak menumbuk.

Mujur ada sambal gesek. Serbaguna tak payah tumbuk cili api boleh buat nasi goreng sardin tanpa cili kisar. Bahan tumis dah garing, masukkan isi sardin yang dah dihancurkan. Masukkan telur, nasi, sayur kobis cincang dan taburkan serbuk perasa. 

Kacau rata dan taburkan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. 

Resipi Nasi Goreng Sardin Malas Malas

Siap dah hidangan nasi goreng sardin simple masak cara saya bila kemalasan melanda. Mudah dan cepat dimasak. Sap sap sui!

Sap Sap Sui

Extremely easy or it’s an easy job. A word derived from Cantonese dialect.

Nasi goreng sardin malas malas bukan bodo bodo. Ini kalau ada timun potong lagi nikmat makan nasi goreng sardin. Siapa suka petai boleh buat nasi goreng sardin petai Ataupun sedap juga buat nasi goreng sardin cili kering.

21 comments:

  1. Senang juga hendak buat. Guna bahan yang telah ada macam sambal gesek.

    ReplyDelete
  2. MY pun selalu jadikan sambalntak habis sebagai bumbu nasi goreng. Dah la sedap, cepat pulak tu... hahahaha... perasan sedap pulak

    ReplyDelete
  3. Pernah juga buat nasi goreng sardin, tp versi saya bodo-bodo je… pasal nasi ngan sardin je, xde tumis2

    ReplyDelete
  4. Saya pun bukan 'fan' perkataan bodoh2 haha

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik! Kena beli sardin cpt2 ni ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  6. Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memohon maaf atas salah faham susulan kenyataan "wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit" dalam satu klip video yang tular di media sosial kelmarin.. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  7. Best jugak nasi goreng sardin. Tapi saya tak pernah masak, Selalu makan orang masak. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  8. Sedap! Akak suka masak nasi goreng camni juga. Guna sambal ready-made, senang. :)

    ReplyDelete
  9. Tak pernah buat nasi goreng sardinnn. Nampakkk senang dan mudah kerja, boleh lah try lepas ni :D

    ReplyDelete
  10. real betul nampak gambar.. mcm boleh makan hehe

    ReplyDelete
  11. bestnya ns goreng sardin!
    kalo sy tmbh timun + telo mata.. fuhh lg nikmat! haha

    ReplyDelete
  12. ni memang sejenis yang suka makan nasi goreng bersayur ke? bagus tu...hehe... ada orang kena asing2 sayur segala bagai dalam nasi goreng..ehehe

    ReplyDelete
  13. Oh ya, telur mata+sardin+nasi goreng... Lagi ummpphhh!!

    ReplyDelete
  14. alamak sedapnyer.. terliur.. tengah puasa ni hahaha

    ReplyDelete
  15. wah sedap.. saya ada ikan sardin pula, terima kasih recipe-nya kak Fiza..

    ReplyDelete
  16. nasi mcm ni laaa sedappp. busyra suka mix kan minum aiq kopi.. hahah. mcm org tua2

    ReplyDelete
  17. Nasi goreng sardin memang sedap kan Fiza. Lagilah kalau ditambah sambal gesek dan ikan bilis. Memang tak cukup sepinggan.

    ReplyDelete
  18. rumah aida mesti ada at least 2 tin sardin, fiza.
    bila bilangan da menyusut, cepat2 gi beli restock.
    best juga resepi nasi goreng fiza ni. x pernah aida buat.
    kalau2 aida terbuat, aida share di blog ye.
    sebab, sambal sardin kat rumah ni byk peminat!
    couple with telur dadar and ulam timun, hmmmmm... nasi 4 pot habis licin!

    ReplyDelete
  19. Sardin.. Makanan yang wajib ada dirumah.. Bila tak ada idea, masak sambal sardin.. Pasti tak habis, esoknya buat nasi goreng.. kikiki.. Wajib ada telur mata juga.. Memnag ngamlah dua nie.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.