Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1-28(Akhir)

Drama RAHIMAH TANPA RAHIM akan bersiaran menggantikan drama Bidadari Salju. Drama Rahimah tanpa rahim dibintangi oleh pelakon Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdulllah dan ramai lagi.

Rahimah tanpa rahim 28 episod ni diarahkan oleh Eoon Shuhaimi dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd ditayangkan di slot Akasia TV3, jam 7:00 malam.

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1-28(Akhir)


DRAMA RAHIMAH TANPA RAHIM

Jumlah episod : 28
Mula tayangan : 22 Januari 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Puovin & Tommy Loh
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Azlee Khairi sebagai Jauhar
  • Puteri Aishah sebagai Rahimah
  • Hafidz Roshdi sebagai Adli
  • Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
  • Liza Abdullah sebagai Mak Ani
  • Amelina sebagai Puan Sakinah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
  • Sera Melissa sebagai Rozana
  • Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
  • Diana Dee sebagai Shidah
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
  • Farhan Asri sebagai Idin
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
  • Che Kem sebagai Tuan Firdaus
  • Kween Keela
  • Lana Nodin
  • Zalfa Zin 

SINOPSIS RAHIMAH TANPA RAHIM

Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Liza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?

Lagu Tema OST Rahimah Tanpa Rahim

Lara -Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli

Lirik Lagu Lara- Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli

Puaskah kau ku bersalah
Puaskah kau ku derita
Puaskah lena mu seketika
Aku berteman lara
Jelas semua kepadaku

Kerna yang kau hina
Yang dulu kau puja
Yang kini kau parut derita

Kerna yang kau lupa
Yang dulu kau cinta
Yang kini kau tinggalkan tanpa bersalah

Puaskah kau ku terbiar
Puaskah kau ku merana
Puas kau tersenyum diketika
Aku menyelindung duka
Jelas semua kepadaku

Lahirnya cintaku
Zahirkan nafasku
Untuk kau nisankan
Oh hampanya diri ini

Lahirnya cinta ku
Zahirkan nafasku
Untuk kau nisankan
Oh hampanya diri ini

Yang kini kau parut derita

Yang dulu kau puja
Yang dulu kau cinta
Yang kini kau tinggal

Kerna yang kau lupa
Yang dulu kau puja
Yang kini kau parut
Hampanya

Diri ini

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.