Drama Bidadari Salju Episod 1-28(Akhir) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee

Selepas tamat drama Tak Sempurna Mencintaimu, disajikan pula dengan Drama Bidadari Salju lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee. Drama bidadari Salju juga adaptasi dari Novel hasil karya Mia Kiff akan bersiaran di slot Akasia TV3.

Drama Bidadari Salju bersiri 28 episod ni diarahkan oleh Reza Badarudin dan diterbitkan oleh A.Aida Production.

Drama Bidadari Salju Episod 1-28(Akhir) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee

DRAMA BIDADARI SALJU

Jumlah Episod : 28
Mula Tayangan :  Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Pengarah : Reza Badarudin
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Sweet Qismina sebagai Kayra
  • Adam Lee sebagai Hariz
  • Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
  • Zaki Azeman sebagai Aiman
  • Syazuwan Hassan sebagai Raqib
  • Fimie Don sebagai Naufal
  • Chacha Maembong sebagai Dania
  • Jaja Iliyes sebagai Anita
  • Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
  • Siti Khadijah sebagai Marissa
  • Nizam Kama sebagai Asyraf
  • Puteri A'teeqah sebagai Athira
  • Damia Qaissarah sebagai Yaya
  • Jasmine Suraya
  • Zulkifli Ismail
  • Rosnah Johari
  • Lisdawati
  • Lan Zailan
  • Silfeny Osman
  • Ainaa Azhari

SINOPSIS BIDADARI SALJU

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari.

Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya.

Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya.

Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku.

Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu.

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Lagu Tema/OST Drama Bidadari Salju

Lagu : Mimpi
Penyanyi : Haqiem Rusli


6 comments:

  1. Kadang-kadang tengok pelakonnya dulu baru nak ngadap drama hahahaaa... ni ada Chacha Maembong pulak!

    ReplyDelete
  2. Gandingan pelakon yang menarik..
    Namun jalan ceritanya bukan kegemaran Sha..

    ReplyDelete
  3. sweet qismina dengan adam lee ni memang bercinta dalam dunia sebenar kan..

    ReplyDelete
  4. AMboi pelakon lelakinya..hero malaya semua hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.