Bayam Brazil Mak Rimbun Tak Nak Kalah

Selamat pagi! Best betul udara segar kat kampung yang dah lama dirindui. Sementara ada kelonggaran boleh balik ni. Kita balik kejap dan settlekan urusan penting. 

Macam biasa, aktiviti pagi kita melawat kawasan sekeliling rumah. Belek pokok pokok mak. Terkejut tengok bayam brazil mak yang rimbun tak nak kalah tu. Sebenarnya pokok bayam brazil Fiza beli sepasu je bulan Januari lepas. RM5 sepasu. Murah kot kan masa tu.

Masa tu baru mula nak terjebak dengan tanam bayam brazil. Ada beberapa batang dalam sepasu comel tu. Sebatang dua Fiza cucuk kat tanah rumah mak. Selebihnya Fiza bawa balik.

Yang Fiza tanam baru sekali tuai buat bayam brazil celup tepung rangup. Tapi mak punya bayam brazil. Humangaiiii...Macam-macam menu bayam brazil boleh buat ni. Melampau betul dia membesar. 

Biasalah kalau tanam terus dalam tanah memang galak dia tumbuh dengan pesat. Mak Fiza siram macam biasa je. Beberapa kali je ambil buat tumis bayam brazil. Kalau rajin pangkas ni lagi rimbun banyaknya. 

Bayam Brazil Rimbun

Ingat lagi masa beli awal dulu daun dia tak berapa nak cantik sangat. Berlubang lubang. Lepas dah pangkas baru lah daun dia tumbuh cantik sikit.

Seronok tengok bayam brazil mak merimbun dengan banyaknya. Macam ni hari hari ulam bayam brazil lah kita.

Cara Tanam Bayam Brazil Rimbun

Cara Tanam Bayam Brazil Rimbun

Untuk yang jenis tanam dalam pasu boleh guna baja yakult, telur dan ajinomoto tu. Kalau ada tanah luas sikit, tanam je dalam tanah terus tanpa pasu. Gerenti subur dan rimbun walaupun siram macam biasa tanpa dibelai manja sangat.

Lepas tu kena rajin pangkas supaya pokok lebih hidup subur dan tumbuh daun yang rimbun. Kena rajin menuai lah. Hari hari berulam bayam brazil atau jadikan rencah salad sayur.


16 comments:

  1. Bayam ni kalau dalam pasu, memang perlu dibelai... tak sangka tanam tanah, senang nak jaga... waaa bahagia tengok bayam brazil merimbun gitu... 😍

    ReplyDelete
  2. gemuk2 haa bayam tu, sedap nya goreng..yum yum

    ReplyDelete
  3. bayam ni goreng ngan tepung bestari pergh menjadi laaa..btw hai sis saja singgah,jom join giveaway saya https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html

    ReplyDelete
  4. Rm5 sepasu.. murah la tu kan... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Memang merimbun dan subur menghijau pulak tu. Bestnya! Hari-hari boleh makan bayam brazil ni.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya bayam. Tak yah beli sayur dah. Untung! :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaa.. bestnyaaa ada bayam brazil nihhh

    ReplyDelete
  8. Banyaknya. Tidak habis makan, boleh bagi jiran-jiran.

    ReplyDelete
  9. wow serpnoknya tgk bayam fiza..shida xbkesempatan nak tanam..xtau nk dpt dr mana,tgu kakak bg kat skolah dia ade tanam..

    ReplyDelete
  10. Betul tu selalu kena Petik baru pandai merimbun.

    ReplyDelete
  11. Aduh, kalu akak la, memang hari-hari kutip, makan bayam jea.. hihi tapi tue la, x dapat nak tanam sebab tangan akak 'panas'.. hihihi tanam jea mati, tanam jea mati..

    ReplyDelete
  12. kalau tak nk masak boleh bt goreng tepung makan mcm keropok. kt rumah dh cantas semua tunggu naik daun baru

    ReplyDelete
  13. Cepat betul bayam brazil ni tumbuh membiak. Kami tanam 3 pasu jew, lebih dari cukup untuk makan sekeluarga.

    ReplyDelete
  14. kat umah akak ada satu pokok tercampak dekat tepi longkang..takde tanah pun situ, tapi dia tumbuh kemain gemok dari yang akak tanam dalam pasu...hahahhaha adoiiiiii! nanti akak ambil gambar dan buat entri perbezaan 🤣

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.