Bayam Brazil Goreng Celup Tepung Bestari

Sunday, July 12, 2020

Selamat berhujung minggu. Apa program harini kawan-kawan? Kalau tak ke mana, hari ahad masa untuk berehat-rehat di rumah. Kalau tidak pun masa untuk mengemas rumah. Lama dah tak share resepi dalam blog ni.

Lama juga tak ambil gambar makanan. Tambah pula sekarang asyik mendung je. Lighting tak on point, maka mendung juga mood nak ambil gambar. Lighting is the key dalam photography you know. 

So harini nak share lah resepi mudah Bayam Brazil Goreng Celup Tepung. Alah, macam sotong goreng celup tepung tu lah kaedahnya. Resepi ni mudah sebab guna tepung ayam goreng bestari yang terlajak laris digemari ramai.

Bukan main susah lagi nak jumpa stok tepung bestari tu. Yang ada golden salted egg je. Pun bolehlah kan daripada tak ada lansung. Tengok Bayam Brazil dah makin meninggi diri tu, eloklah kita petik dan masak.

Cara petik bayam brazil tu sebaiknya kau orang gunakan gunting dan gunting batang secara menyerong. Lebihan batang tu kau orang boleh tanam semula dengan cara cucuk dalam tanah je. Itulah cara tanam bayam dari batang. Ada orang rendam dalam air dulu. Ikutlah mana yang rasa senang okay.



Tak tahu sebenarnya nak masak apa bayam brazil ni. Paling mudah buat ulam atau buat kerabu bayam brazil. Nak sedap lagi masak bayam brazil goreng belacan atau bayam brazil masak lemak. Nak lain sikit, masak bayam brazil goreng celup tepung bestari je lah. 

Resepi Bayam Brazil Goreng Celup Tepung Bestari Golden Salted Egg

Kebetulan stok tepung ayam goreng bestari salted egg tu ada. Haa, tak payah nak fikir lagi dah. Bancuh tepung bestari golden salted egg dengan air kemudian celup kan je bayam brazil yang dah siap potong dan cuci bersih dalam tepung.

Panaskan minyak dan goreng sampai rangup. Sumpah sedap! Tapi kau orang kena makan selepas dimasak lah baru rasa rangup. Bila dah sejuk, dia akan jadi kurang rangup sikit. So akan kurang lah rasa nikmat sedap tu.



Tak ada tepung ayam goreng bestari yang original atau pedas pun tak apa, guna tepung bestari golden salted egg pun okay juga rasa dia. Pastikan kau orang tapis minyak tu selepas angkat. Alas dengan tisu atau kertas penapis minyak.

Baru sedap makan kalau kurang berminyak. Makan benda goreng terlebih minyak ni tak elok juga. Kadang tu rasa pening. Sekali sekala boleh lah makan masakan bergoreng dan rangup macam ni. Krup krap krup krap bunyi dia.

Untuk kau orang yang berdiet tu, eloklah dibuat ulam sahaja bayam brazil ni. Yang tak berdiet tu, bolehlah masak lebih bayam brazil goreng celup tepung ni sebagai kudap-kudapan ala ala kerepek gitu. 


20 comments

  1. Nampak banyak juga hasilnya Fiza. Banyak pasu ke tanam?

    Akk selalu buat ulam je bayam brazil ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam dua pasu kecik je kak. Tak banyak sangat dapat. Buat ulam pun sedap.

      Delete
  2. good idea ni fiza. sebenar taktau nak makan camna lagi bayam ni selain tumis. ulam pun boleh.. emm nanti nak hunting, tu bawa bekal keja. tq for share resepi

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau wak ada tanam bayam brazil, sesekali boleh cuba masak macam ni wak.

      Delete
  4. ya Allah freshnya Fiza...mesti sedap ni, belum pernah try bayam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hasil tanaman yang ada. boleh cuba kak.

      Delete
  5. Kitorang selalu buat masak air. Ok itu buat celup tepung cicah sos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak air pun sedap. buat goreng ni makan camtu pun sedap dah

      Delete
  6. eh eh dah berapa hari kita nak buat goreng celup tepung ni, tapi asyik tangguh je...nampak fizah buat, terus rasa tercabarrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..tu maknanya kena buat juga ni. sila masuk dapur dengan kadar segera :p

      Delete
  7. tak pernah lg makan bayam brazil..nmpk fresh & crunchy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, fresh and crunchy betul. kena makan selepas masak baru rangup. kalau sejuk xsedap dah

      Delete
  8. biasa buat ulam je kan. kali ni buleh try celup tepung bistari. cuma bayam kami kecik2 sangat tak berapa puas hati nak goreng. tapi boleh la try

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cepat petik buat ulam je. kena tunggu besar baru berbaloi masak tu :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.