Baru Nak Terjebak Tanam Bayam Brazil

Monday, January 06, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sekarang musim orang tanam bayam brazil agaknya kot. Dah tu, tak kan tak tengok saja. Baru nak terjebak tanam bayam brazil ni. Sebenarnya dah lama berhajat nak tanam bayam brazil sejak trending baru-baru ni. Entah dari mana mula viral dan trendingnya tak tahu lah. Tak pasal nama bayam brazil menjadi pujaan ramai ye. Disebabkan Fiza ni pencinta sayur, jadi memang kena dapatkan lah bayam brazil ni. Selain dimasak, sedap juga dibuat ulam kalau ikut kata-kata netizen lah. Entah iye entah tidak.

Oleh kerana masih memegang title pencinta sayur. Pulun lah pergi cari kat nursery bunga tu. Anak benih pokok habis katanya. Yang benih untuk ditanam pun habis juga. Okay, fine! Tak putus asa, cari kat shopee yang berakhir tanpa checkout. Duduk senyap dalam cart je lah. Kejap nak kejap tak nak, macam tu lah perasaan dia. Lebih senang terus beli dan dapat kalau beli tanaman ni. 


Balik kampung Segamat, saja cuba jengah nursery yang terdekat. Finally, dapat juga beli bayam brazil ni ha. Rezeki balik kampung juga ni. Stok pun tak banyak ada beberapa je dan inilah je lah yang Fiza rasa macam elok sikit. Nak buat makan pun kena tunggu generasi kedua lah itupun kalau tumbuh elok. Tapi katanya bayam brazil ni cucuk gitu dalam tanah pun senang hidup. Kita tengoklah macam mana kejadiaan dia selepas ni.

Fiza beli kat SK Nursery Jalan Pemuda Segamat. RM5 sepasu. Kira murahlah ni walaupun kat shopee ada lagi murah bawah RM5 tapi kalau termasuk pos jadi mahal semula lah. Pulak tu kos pos lebih mahal dari pokok. Tapi kalau semata-mata nak beli pokok nan sebatang tu baik tak payah check out. Beli kat kedai je terus senang.

Apa rasa bayam brazil ni? Sama je ke rasa bayam biasa atau yang merah tu? Macam dah bertahun dah Fiza tak makan bayam. Bayam ni biasa orang masak tumis air je. Atau ada yang panggil masak bening. Harap ada rezeki lah merasa bayam brazil. Nak masak tumis dan nak cuba buat ulam makan begitu saja. 

With Love, Sihatimerahjambu

35 comments

  1. Kalau tengok dorg omputih buat resepi bayam, memang pakai bayam brazil ni kan kak? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Selalu nampak dorang guna bayam brazil ni. Nampak macam best pulak

      Delete
  2. akak aritu beli kt nursery lum sempat nk pindah kt pasu besar, tapi dah layu dh... skrg ni kan panas je... aduhai sian betul jgn mati udahla

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, dah layu pulak..harap tak mati. sayang dah beli tu

      Delete
  3. sedap sgt bayam brazil ni..
    lg untung kalo tanam sendiri..

    ReplyDelete
  4. Akak pun mencari jugak benih bayam brazil di Fiza. Adik akak kata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. Ramai kata sedap dan viral, kita pun terjebak membeli nak cuba tanam sendiri

      Delete
  5. teringin jugak nk tanam tp tak pasti nk masak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. boleh cari benih ni.. ada tgk benih dlm lazada tp takut tak hidup

      Delete
  6. Ai pun baru berjinak-jinak dengan bayam brazil ni. Harap-harap tumbuh subur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita menanam bayam brazil. Harap hidup subur dan makin banyak

      Delete
  7. Sini pun emak sibuk cari bayam Brazil. Harap Fiza dapat basil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..harap dapat jumpa benih pokoknya.
      Harap yg beli ni juga berhasil

      Delete
  8. waalaikumussalam. bayam ni senang nak tanam, sebab tu ramai yg suka bayam ni. hehe. rasa dia pun boleh la, sedap pahit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga dengar bayam ni mudah tanam. itu yang beria² nak tanam.

      Delete
  9. saya pun hairan sejak bila bayam ni jadi viral. Apa-apa pun selamat berkebun. Nanti dah masak share lah ye apa rasa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.itulah pasal kan..tetiba je bayam brazil ni viral. Rasanya buat ulam je ni. Nak masak kena banyak pulak.

      Delete
  10. Senang tanam, rasa pun ok, khasiatnya pun banyak.

    ReplyDelete
  11. Risau kalau beli online, nak tunggu pokoknya sampai elok segar bugar dari nursery sampai ke kita dah selamat.... Rezeki betul jumpa juga di Segamat, berkat gigih cari 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, risau bab tu lah takut sampai mati pulak kan. membazir dah kat situ. Alang-alang balik kampung tu, mujur ada :)

      Delete
  12. Samalah kita fiza... Orang dah boleh petik buat sayur akak baru nak cuba tanam :) akak beli buat ulam, batangnya cucuk dalam pasu. Alhamdulillah dah keluar tunas baru.

    ReplyDelete
  13. Wah! tahniah dah berjaya mendapat bayam brazil gitteww... B.i.l Mrs. A tanam kat atas tanah buat batas memang cepat membiak.

    Mrs. A tahu makan je haaahaaa... 1st time rasa bayam brazil ni masa kenduri kat rumah b.i.l anak dia buat salad campur dengan bayam ni sekali ermmm... sedap jugak rasanya.

    Pastu ada office mate jual bayam brazil crispy sebekas RM5 tapi yang crispy tu dah takde rasa bayam sangat rasa crispy pedas-pedas je.

    ReplyDelete
  14. Sekarang ramai yang tanam bayam brazil ni kan. Moga bayam fiza tumbuh dgn jaya dan dpt lah merasa hasil tanaman tgn sendiri.

    ReplyDelete
  15. ray paling x reti bab2 gardening ni tp suke la dpt baca info mcm ni.

    ReplyDelete
  16. betul. pokok ni senang tumbuh. cucuk je dah naik. nurul pun ada jugak tanam dekat rumah. besar-besar daun dia lepas baja hari tu. dah lama tak tuai so memang berjambak2 daunnya.

    ReplyDelete
  17. bayam ni sedap..tp x terbuka hati lagi nak tanam. padahal org kata mudah je tanamnye..

    ReplyDelete
  18. Eh, saya pun ada bawak balik dari rumah mak tu..tapi tak niat nak tanam, niat nak makan je :D

    ReplyDelete
  19. kat rumah kita pun ada ni fizah..tapi tak berapa gemar pulak dengan rasanya bila dimakan begitu saja..nak cuba masak bening pulak la nanti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.