Jun 2026 | Bulan Mei yang lepas, adik ipar rancang nak jalan-jalan ke Batam. Bawa mak sekali sempena birthday mak dan dua orang anaknya pada bulan Julai. Ajak kami dan lagi sorang adik Encik Suami. Kiranya 3 keluarga dan mak.

Tapi adik ipar saya tak dapat ikut dengan suaminya. Kami pula macam masih berfikir lagi nak pergi ke tidak. Pasport pun dah expired. Renew je tapi tak kemana-mana. Itu yang malas nak renew. Buku kedua je ada cop, itu pun satu je. 

Tapi sekarang dah tak ada cop kan?. Dah autogate je. Kalau nak cop kena beratur panjang. Itupun kalau dapatlah. Kalau tidak, dia suruh ke autogate juga melainkan kalau berkerusi roda, warga emas, kanak-kanak, pasport bermasalah dan sebagainya.

Renew Passport Online Lebih Mudah

Sebelum ni mereka semua ke Danau Toba Kami berdua tak dapat join. Ini kalilah baru kita ikut. Adik ipar pun dah beberapa kali ke Batam. Senanglah sikit dah tahu selok belok.

Bulan Jun baru buat keputusan ikut sekali. Jadi, kenalah renew pasport juga. Buat online je. 

14hb
Kami pergi ambil gambar pasport di kedai, minta soft copy je. Malas nak ambil gambar sendiri, malas nak edit kalau lighting tak on point.

Kita serahkan pada yang pakar je lah. Pergi kedai lagi senang, kita tadah muka je lah. Malam tu baru kami buat renew pasport secara online je. Pergi ke website Imigresen bahagian renew pasport. 

Renew untuk 5 tahun RM200. Kalau jenis rajin travel tu eloklah buat 10 tahun terus, RM350. Boleh jimat RM50.

15hb
Pagi 15hb, permohonan Encik Suami lulus dapat notification melalui email. Saya pula gagal disebabkan gambar tak jelas. Aikkk...

Saya pun cubalah re upload berkali-kali tetap gagal. Baju bercorak lah, tak jelas lah. Padahal dah tutup tudung tak nampak baju dah. Gambar pun dah edit bagi jelas. 

Sudahnya Encik Suami minta photographer tu bagi gambar yang lebih jelas. Cuba re upload lagi, barulah berjaya upload. Harapnya lulus lah esoknya.

16hb
Alhamdulillah pagi 16hb saya dapat email dan lulus. Petang tu barulah kami pegi ambil pasport sama-sama kat Imigresen UTC Seremban. Kena ambil sendiri sebab nanti kena cop jari untuk pengesahan diri. Orang pun tak ramai dan proses pun cepat je.

Renew Passport Online Lebih Mudah
pasrah je kalau tengok gambar pasport atau IC

Okay selesai bab pasport. Nak renew pasport buat secara online je lebih mudah berbanding walk in. Sehari dah boleh siap. Kalau lulus, esoknya dah boleh ambil. Kalau walk in ada yang kena tunggu lama juga sampai siap.

Lepas beberapa hari kami renew tu, barulah keluar pasport design baru kan. Yang ada butterfly tu dan lebih berwarna. Ala, ruginya tak dapat yang baru. Takpelah, janji ada sudahlah dan boleh guna tanpa ada masalah.