Mei 2026 | Dah selesai urusan di Kedai Emas Nur Jannah, kami singgah mengopi kejap di Sokupi sebelum balik rumah. Alang-alang dah sampai Kuala Pilah hari biasa ni kan. Kalau weekend jarang nak singgah sebab tahu ramai orang.

Masa kami sampai pun tak ramai orang. Ada beberapa 2-3 meja macam tu berpenghuni. Kami terus ke kaunter buat pesanan dan duduk di bangku panjang ni.

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah

Macam banyak poster-poster baru yang diletakkan dalam Sokupi Cafe Kuala Pilah. Saya dah ambil gambar ni, sila lah tatapi gambar yang ada dengan tanpa rasa jemu ye.
Mengopi di Sokupi Kuala Pilah
Tahniah Sokupi dah setahun


Mengopi di Sokupi Kuala Pilah
by Izzatisuza


Mengopi di Sokupi Kuala Pilah
Pokan Pilah

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah
high chair & table

Saya pesan kopi latte panas macam biasa. 

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah

Kalau saya pesan yang panas, Encik Suami pesan yang sejuk. Barulah saling melengkapi gitu. Biscoff cheesecake latte, nama  menu dia macam menarik je kan. Rasa dia pun sedap.

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah

Kalau datang ke sini, tak sah kalau tak pesan croffle. Saya pesan croffle pistachio. Macam biasalah sedap, bau butter yang best, croffle yang rapuh dan lembut. Ditambah pula sos pistachio, kacang badam dan juga aiskrim pelangkap rasa croffle yang sedap.

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah

Kami pesan juga fries buat tambah isi dalam perut. Patutnya dah sampai masa untuk makan tengah hari. Kita tambah karbo lebih sikit ye.

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah

Mengopi di Sokupi Kuala Pilah
Total harga 

Tak lepak lama-lama sebab Encik Suami nak mengejar solat Jumaat pula. Tak dapat nak bergambar lebih-lebih. Ambil gambar sekeping dua dan gerak balik



Balik dari bermusafir 6 hari tu kulit muka dah mula merah dan sunburn teruk. Mana tidaknya pegi laut, round Pulau Pangkor naik motor tengah panas, memang sunburn lah cerita dia. Hadap je lah muka, tangan dan kaki berbelang. Huhu...