Masjid Agung Raja Hamidah Batam (MARHB)
Masjid Agung Raja Hamidah Kota Batam (dahulunya dikenali sebagai Masjid Agung Batam Centre) merupakan ikon keagamaan terbesar serta pusat ibadah utama di Batam. Masjid ini terletak di lokasi yang strategik, berhampiran pusat pentadbiran kerajaan bandar.
Pada asalnya, masjid ini direka oleh arkitek Achmad Noe'man dan terkenal dengan seni binanya yang unik, menampilkan bumbung berbentuk piramid empat sisi (limas) menggantikan kubah tradisional, yang melambangkan falsafah Melayu.
Selepas melalui projek pemulihan dan naik taraf berskala besar yang siap sekitar tahun 2024, penampilan masjid ini menjadi lebih megah dan moden dengan penambahan kubah utama yang menyerlah.
Masjid ini turut diberikan nama baharu, iaitu Masjid Agung Raja Hamidah, sempena Raja Hamidah (Engku Putri), seorang tokoh wanita penting dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga, sebagai penghormatan terhadap warisan sejarah rantau tersebut.
sumber dari : www.indonesia.travel.id

Dimulakan dengan langkah kaki kanan masuk masjid. Serba putih ruang dalam Masjid Agung ni. Kami confident jalan terus dan belok ke kanan, nak naik tingkat atas. Sekali dah naik setingkat, pintu tutup pula. Patah semula turun dan belok ke kanan.

Rupanya tak payah naik tangga pun takpe tadi, dari pintu masuk boleh terus ke kanan je. Best je duduk santai di lantai marmar yang sejuk ni. Tenang sungguh kalau berada di masjid.


Dapat ambil beberapa sudut ruang yang menarik di Masjid Agung ni. Ruang tengah ni luas betul macam Masjid Wilayah KL tu. Tapi ni luas lagi.


Gabungan warna putih dan biru ni dah jadi sebati untuk masjid besar begini. Mana-mana masjid mesti gabung dua warna ni. Kebanyakannya lah.

Ciri reka bentuk utama
- Bumbung bentuk limas tradisional atau piramid
- Elemen kubah moden baharu
- Menara masjid yang tinggi
- Seni bina berunsurkan kebudayaan Indonesia.



Ini je gambar yang kami dapat ambil sebab singgah kejap je. Kami tak berkesempatan nak pergi ke Masjid Tanwirun Naja, kubah ikonik bentuk tanjak yang popular di Batam. Mungkin di lain kali boleh singgah bila ke Batam.
0 Comments