Nampak Coffee Bean & Tea Leaf ada keluarkan minuman yang baru iaitu Hojicha. Apa benda Hojicha tu? Hasil borak dalam ChatGPT, ini jawapan dia.
Hojicha (ほうじ茶) ialah sejenis teh hijau Jepun yang dipanggang pada suhu tinggi. Berbeza dengan teh hijau biasa seperti matcha, hojicha mempunyai ciri-ciri berikut :
- Rasa: sedikit berasap, panggang dan beraroma kacang
- Warna: coklat keemasan
- Kafein: biasanya lebih rendah berbanding teh hijau biasa
- Aroma: wangi, lembut dan menenangkan
Begitulah al kisahnya Hojicha tu. Saja order ice hojicha tea latte CBTL sebab nak rasa sedap ke tidak hojicha latte ni. Pertama kali dengar namanya pun.
Ice hojicha tea latte
Mulanya Encik Suami yang rasa. Rasa rumput katanya. Eh, pernah makan rumput ke? Kenapa ek kalau minum green tea mesti orang akan cakap macam rasa rumput.Saya pun cuba rasa. Hmmm..sedap je! Rasa macam matcha latte je cuma hujung-hujung tu ada rasa pahit kelat sikit. Pada saya okay je rasa dia bila bercampur dengan rasa susu lemak berkrim disukai ramai. Campuran yang sedap ikut tekak saya lah.

Warna dia macam kurang menarik sikit sebab teh hijau dipanggang kan. Jadi gelap sikit dan ada rasa smoky sikit. Peminat teh hijau mungkin ada yang suka dan mungkin juga tak suka. Tapi saya suka je dan boleh minum.
OTR 2 espresso shots add on gula melaka crème crown
Mulanya nak beli dua jenis minuman je tapi sebab haritu ada promo, beli juga air kegemaran iaitu OTR 2 espresso shots add on gula melaka crème crown pula. Add on gula melaka crème crown pun sedap juga. Taklah manis sangat pun.
Sebelum ni pernah cuba OTR 2 espresso shots add on espresso crème crown yang agak kuat rasa kopinya.

Pilihan OTR add on crème crown
Mint crème crown je tak pernah cuba lagi. Lain kali ye. Sila beratur tunggu giliran.- mint crème crown
- milk chocolate crème crown ✅
- espresso crème crown ✅
- gula melaka crème crown ✅
Kyoho grape white chocolate ice blended
Beli juga kyoho grape white chocolate ice blended. Kesedapan dia tak perlu disangkalkan lagi. So sedap! Siapa suka minuman anggur campur susu, boleh cuba minuman ni.

Selain hojicha latte, ada juga beberapa series hojicha yang lain. Peminat teh atau teh hijau, boleh lah mencuba.
0 Comments