Sebelum kami berpisah ke destinasi masing-masing, mak ajak makan malam. Adik ipar bawa ke Azo 96 Murtabak Kg Melayu berhadapan dengan Masjid Kampung Melayu Majidee. Meriah ramai orang kat sini. Meriahlah sebab banyak food vendor yang ada kat sini.

Makan Malam di Azo 96 Murtabak Kg Melayu Majidee

Antara menu yang ada. Ini je sempat saya ambil gambar. Ada yang tak ada dalam buku menu. Nanti akan ada pekerja datang ke meja ambil pesanan. Semua pesanan akan di bawa ke meja. Kita hanya perlu duduk dan menunggu dengan sabar je. 

Makan Malam di Azo 96 Murtabak Kg Melayu Majidee

Saya pesan air teh o ais limau dan Encik Suami pesan air teh ais. Dua tiga hari ni banyak pula teguk air manis. Cheat day berterusan ni. Tak boleh jadi. 

Tak suka pula kalau pesan minuman ada limau ni adabiji limau. Sedut-sedut tersedut biji limau. Aduhaiii..Silap pula order air teh o ais limau. Lain kali order teh o ais je senang.

Makan Malam di Azo 96 Murtabak Kg Melayu Majidee

Encik Suami kongsi makan murtabak dengan adiknya. Besar betul ek martabak dia. Inipun bukan mereka kongsi berdua je, kami pun jamah sorang sikit. Puas hati isi dagingnya banyak. Sedap pun sedap.

Makan Malam di Azo 96 Murtabak Kg Melayu Majidee

Kuahnya pekat likat dan sedap. Kalau jenis suka kuah banyak rasa macam tak cukup porsinya. Kuahnya kuah kacang dhal.

Makan Malam di Azo 96 Murtabak Kg Melayu Majidee

Saya pesan tomyam campur, nasi putih dan telur dadar. Sekali datang, menimbun nasi putihnya. Nasi goreng yang mereka pesan pun membukit. Mujurlah Encik Suami tak pesan nasi goreng juga. Kami makan kongsi-kongsi bagi habis.

Kuah tomyam campur sedap pekat. Panas dan pedas. Melecur lidah bila mula rasa tu. Sedap kena dengan selera tapi menahan panas dan pedas dia tu sampai rasa nak meleleh air mata. 

Makan Malam di Azo 96 Murtabak Kg Melayu Majidee

Alhamdulillah kenyang perut senang hati. Kami berpisah ke destinasi masing-masing. Adik ipar balik KL dan kami balik Seremban. Hari Ahad, highway agak banyak kenderaan. Mujurlah Encik Suami cuti hari Isnin esoknya tu. 

Lokasi Azo 96 Murtabak Kg Melayu

19, Jln Masjid, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim