Julai 2026 | Sementara menunggu keputusan darah dan urine tu, baiklah kita pergi sarapan pagi dulu. Lama juga kalau nak menunggu dalam masa sejam. Saya pun dah lapar puasa dari malam tadi sebab nak ambil darah pagi ni kan.
Dah rancang nak makan nasi lemak di Gloria Jean's Coffees tapi full house lah pula. Kita pergi makan kat Kedai Kopi Cengkih lah. Ramai orang juga tapi masih ada meja kosong lagi di luar.

Duduk luar pun bolehlah masih ada air cond dalam hospital. Tak panas sangat. Encik Suami buat pesanan di kaunter dan terus bawa ke meja.

Nasi lemak bungkus daun pisang, mihun kari, sandiwch tuna dan telur dan air kosong. Puasa kopi sebab tengah berpantang baru lepas buat whitening lepas debond.
Sedapnya nasi lemak bungkus daun pisang ni. Maintain sedap macam biasa. Menyelerakan betul dengan aroma daun pisang tu. Nasi sedap berlemak dan sambal pun sedap pedas. Suka sangat sambal nasi lemak yang macam ni macam kampung style. Tak suka jenis moden yang campur macam-macam sampai mengubah rasa.

Encik Suami makan mihun kari. Mi dah habis, mihun pun jadilah. Kuah kari sedap pekat memikat. Tak kedekut rencah.

Sandwich pun penuh isi dalamnya. Bukan mengelat letak depan je. Satu tuna, satu telur. Alhamdulillah dapat makan sarapan pagi yang sedap. Dah habis makan, terus ke klinik tunggu giliran jumpa doktor.
Pertama kali makan di sini, biasanya beli bungkus bawa balik je.
28 Comments
alhamdulillah, sedap2 belaka tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...semuanya sedap.
Deletenampak teballah juga inti sandwich tu...ada masa kalau beli alahaiiiii kalau sandwich sardin tu nipis betul intinya. macam lebih minyak dari inti
ReplyDeleteTebal jugalah intinya penuh. Itulah tu, pernah juga kena scam beli sandwich dia letak inti tebal depan je. huhuhu... Kejam betul
DeleteHikmah tidak makan di Gloria Jean's dapat makan basi lemak sedap.
ReplyDeleteAkak suka bihun jadi ok kalau dapat bihun kari daripada mi kari.
Alhamdulillah...Dapat yang klasik punya. Sedap!
DeleteOhh memang ada penggemar bihun kari.
Nak sarapan kat sini la nanti 19hb..nampak sedap nasi lemak tu...cheating je la nanti malas nak fikir..hahahahaha
ReplyDeleteHihi...kadang macam tu jugak kak. Malas nak fikir. Bedal jugalah. Selamat menjamu selera nanti.
DeleteBestnya dapat sarapan makan. Nasi lemak daun pisang selepas puasa dari malam. Memang sedap nasi lemak yang tak melebih² ni, walaupun rasa nasi lemak kampung tapi sekali suap terimbau nostalgia. Sayangnya tak boleh mengopi pulak, nasi lemak macam ni kena ada kopi baru ngam, Pizzah!! Tak apalah demi gigi, kenalah berpantang.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat makan sedap. Kena pantang kopi pulak masa tu kan. Air masak pun jadilah.
Deletehospital ada-ada, cafe nye pon mesti ada-ada juga kan... saya appointment kat PPUM jer ngan KK Putrajaya jer
ReplyDeleteLebih kurang je tu. PPUM besar dan banyak pakar tu. KK Putrajaya pun besar juga, banyak facilities better daripada KK lama yang lain.
DeleteMihun kari pun sedap juga..
ReplyDeleteBelum pernah cuba lagi Linda. Haritu tak sempat rasa pulak. Next time lah cuba.
DeleteNasi lemak daun pisang sambal kampung style memang tak pernah mengecewakan! Padu sungguh sarapan. Btw, tahan berapa lama kena pantang kopi lepas teeth whitening tu?
ReplyDeleteKann...Jarang tak sedap. Alhamdulillah dapat sarapan sedap-sedap. Kena pantang kopi sehari dua je lepas buat whitening sebab masih baru kan. Sejauh mana berapa lama tahan keputihan tu tak pastilah sebab baru pertama kali buat rawatan ni.
Deleteye laa
ReplyDeletetgk gambar je dah tahu kuah mi kari tu pekat
mi kari mmg sedap kalau kuah pekat
barulah berselera nak makan
Betul, kuah pekat tu barulah best kan.
DeleteNampak sedap2 belaka
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
Alhamdulillah sedap semuanya wak.
DeleteSelesai sudah menjamu seleranya.
Klasik nama kedainya tu.
ReplyDeleteYe, klasik nama dia.
DeleteSayapun LBH suka nasi lemak yg original seperti itu, apalagi kalau bungkus daun. Wangiiii aroma nasinya. Kalau dah yg Macam2 lauk dikasih, jujur biasa saja
ReplyDeleteBihun kari pun kliatan pekatnya 😍😍. Memang menarik menu2 mereka yaaa
Aroma wangi daun pisang tu yang buat nasi lemak lagi sedap kan. Betul! Yang klasik begini juga win. Semua menarik dan lebih asli rasa dia.
Deleteehh.. akak pernah terkena beli sandwich.. filling to setoet je kat depan.
ReplyDeleteKann..mesti pernah terbeli macam tu. Tipah tertipu betul.
Deletesedapnya nasi lemak daun pisang.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat makan yang sedap.
Delete