Rancak ye viral minuman The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Ada yang panggil CBTL, ada yang panggil Coffee Bean, Kopibin dan macam-macam lagilah sebutannya mengikut generasi. Saya suka panggil CBTL je.

Selain Kenangan Coffee, saya suka juga membeli di CBTL. Cuma CBTL ni agak pricey sikitlah berbanding Kenangan Coffee. 

Sebelum ni saya terhasut membeli Kyoho Grape Mixer Longan tu di Threads. Lepas tu baca blog KakRet, terhasut pula nak mencuba Kyoho Grape White Chocolate Ice Blended. Pengaruh  rakan blogger tu benar ye kawan-kawan.  

Kyoho Grape White Chocolate Ice Blended

Sekali sedut rasa, ada rasa lemak manis susu dan white chocolate tapi tak manis sangat lah. Hujung-hujung baru dapat rasa masam-masam anggur tu. Sedap!

Tak pastilah pula ada buah sebenar ke tidak. Atau mereka kisar buah tu. Tak kisahlah tu kan, janji air ni sedap di minum. Lepas ni dah susah pula nak buat pilihan sama ada nak beli air Kyoho grape mixer longan atau Kyoho grape white chocolate ice blended. Hmmm...