Header Ads


Letups Warna Inai Che Ta Maroon Rose Special Edition

Di sini rancak, di sana rancak isu inai viral sekarang. Yang saya tahu inai yang tengah hype sekarang inai Che Ta dan inai Neelofa lah. Inai lain macam tak perasan pula. Ada yang kata pakai inai, warna kuku jadi macam kena sepit pintu lah, derhaka cara pakai lah, kenapa inai tak sekata lah. 

Macam - macam hal.

Dia macam ni, sebenarnya hasil pakai inai tu berbeza pada setiap orang. Bergantung pada setiap individu tu. Jenis kuku cantik, warna kulit cerah nampak cantiklah dia. Tengok orang pakai cantik, saya pun nak terjebak jugalah pakai inai. 

Kalai terakhir pakai inai masa kahwin. Lama dah tu. Nak kata minat sangat tu tak ada lah. Cuba pakai inai Che Ta. Sebab nak membelinya pun dekat. Alang-alang encik suami beli ayam geprek kat ZA Cafe, kita pun tumpanglah kirim beli inai Che Ta sekali. 

Harga inai Che Ta

Ingatkan nak beli inai Che Ta RM15 sebotol tu je. Konon nak cuba je lah. Pek RM15 tu tak ada kata encik suami. Dia beli je Inai Che Ta special edition harga RM30 sekotak warna maroon rose. Tak pasti pulak ada pilihan warna lain atau special edition warna ni yang specialnya. 

inai che ta maroon rose special edition review

Kotak packaging dia exclusive sangat. Warna kotak mengikut warna tema inai Che Ta. Dengan pakaian tradisional tu. Wahh sangat kan. 

Dalam kotak special edition combo ni ada dua kotak dalamnya. Kotak packaging dalam ni pun cantik juga. Warna dan corak menarik.

inai che ta maroon rose special edition review

Inai Che Ta didatangkan dalam bentuk botol bermuncung tirus yang bertutup untuk memudahkan pemakaian inai, kemasan inai dan penyimpanan inai.

Nas Zahrin dan Rozita Che Wan bersama hasilkan inai instant Mazaville dengan harga inai Che Ta yang berpatutan. Warna inai Che Ta ni pun cantik, maroon rose persis warna inai asli.

inai che ta maroon rose special edition review

Excited nak pakai inai Che Ta sebab tengok warna dia letup! Balik rumah tu terus pakai. Kecewa sikit sebab macam bertompok-tompok hasilnya. Itulah tak ikut peraturan pakai inai. Saya kikis guna pengikis kuku, lepas tu buff kuku. Baru pakai semula.

Cara pakai inai Che Ta

  1. Buff kuku dengan permukaan kasar
  2. Pakai inai dan sekata kan. Tebal sikit pun takpa, nanti kering dia akan nipis sekata.
  3. Pakai sampai betul-betul kering. Saya pakai 1 jam lebih.
  4. Tanggalkan lapisan inai
  5. Buff sekali lagi guna buff permukaan licin
  6. Nak effect bersinar, boleh polish kuku

Mudah untuk tanggalkan inai yang dah kering. Beginilah rupa inai yang dah kering. Dari tebal dia jadi nipis dan melekap pada kuku.

inai che ta maroon rose special edition review
17 Julai 2022


Lepas saya tanggalkan lapisan inai, saya tak buff dan tak polish, lepas tanggalkan lapisan inai saya terus basuh. Warna inai Che Ta melekat betul dan tak luntur lansung. 

inai che ta maroon rose special edition review

Inilah hasilnya selepas cuci tanpa buff dan tanpa polish. memang letup warnanya. Suka suka suka. Warna inai pun sekata je. Barulah okay percubaan kedua. Jangan silap pakai, confirm tak cantik. Jadi, jangan derhaka! Sila buff dulu kuku sebelum pakai.

inai che ta maroon rose special edition review
17 Julai 2022


Ingat Inai letups, Ingat Che Ta

Begitulah slogan inai Che Ta. Tak dinafikan memang warna maroon rose inai Che Ta letups! Walaupun kuku saya kuku cawan je. Don't care! Siapa yang berkuku gelas tu mesti lagi cantik pakai inai macam ni. Agak comot sikit pakai. struggle juga nak pakai inai ikut acuan kuku tu. Tak sah kalau tak comot.

Kalau pakai 2 lapis ni mesti lagi cantik warnanya gelap sikit. Tapi pakai selapis pun dah rasa cantik sangat warnanya, kan?

Dalam masa seminggu saya pakai, warnanya tak terus luntur jadi oren. Cuma hujung je yang kelihatan oren sikit. Masih lagi warna merah maroon yang cantik. Cuma itulah, kuku cepat pulak bertumbuh. 

inai che ta maroon rose special edition review
22 Julai 2022

Beberapa hari selepas tu, saya buff bagi hilangkan kesan gelap tu. Baru warna sekata tapi warna pudarlah sikti jadi oren. Kalau taknak buff, warna maroon rose tu maintain lama sikit lah.

inai che ta maroon rose special edition review
29 Julai 2022

Inai Che Ta sah solat

Inai Che Ta adalah inai pertama yang melakukan ujian terhadap kuku manusia sebenar. Produk inai terbabit diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September.

rujuk : https://www.hmetro.com.my/setempat/2022/09/882761/inai-che-ta-telap-air-sah-solat

Teringat pula pokok inai kat kampung encik suami. Susah nak cari pokok inai sekarang ni kan. Nanti bolehlah kita cuba-cuba buat inai tradisional juga. Campur dengan air teh dan juga limau kesturi ikut petua orang lama-lama untuk jadikan inai pekat.

pokok daun inai



16 comments:

  1. Kena guna buff ya. Ada cara rupanya. Ingat macam pakai inai biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Kena buff dulu baru cantik hasilnya nanti.

      Delete
  2. Bagi sy nak tahu inai tu letup tak letup, kena cuci pinggan berkali2 dulu. Jika tak luntur, baru letupsssssss, hihi. Sebab sy tak suka pakai inai, pasal warna luntur tu la. Nanti gtau tau, luntur atau tidak warna inainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni dah sehari dua banyak kali basuh pinggan okay je. Masih belum luntur teruk. Takpe, nanti update seminggu ni macamana :)

      Delete
  3. jari ammi hanya berinai masa nikah dulu je. lepas tu mmg takde inai, takde nail polish...polos suci murni je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, last pakai masa nikah dulu je. Ini baru pakai inai :) saja teringinnak pakai ni.

      Delete
  4. cantik jugak maroon rose tu... yg kaler nunha org kata mcm gothic tu pn mcm cantik jugak sbnrnya... hihi... tp x pernah lg try inai viral ni semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah cantik warnanya Kak Mim. Tu pun cantik juga warnanya. Warna inai tak lari mana. Tak hitam merah, tak merah oren, tak oren coklat. Gitulah :) Kot teringin bolehlah cuba mana-mana

      Delete
  5. viral jugak isu inai ni ye. hehe. macam-macam hal

    ReplyDelete
  6. Kuku Aini pun kuku cawan..nmpk kontot je..haha
    Pernah pakai brand apa ntah tp x famous pun..
    Pakai sehari cantik esoknya dah x cantik..huhu beli rm15 camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng kuku cawan. hehe...kontot nampak comel kan. Cepat sangat pulak hilangnya tu. Mahal boleh tahan juga. Kalau tahan lama takpe lagi.

      Delete
  7. Lama dah tak berinai.. Menarik sekarang ini dah ada macam-macam.. Mudah pula nak pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah macam-macam ni terus jadi trending pulak. Ramai terjebak pakai inai semula termasuklah saya. Mudah dah siap bancuh dan dalam bekas senang terus pakai. Cuma kena pakai tu berhati hati jelah kalau tak nanti comot.

      Delete
  8. cantik...kwn ofis pakai yg brand naelofar, lbh kurang warnanya...teringat zaman kecik2 dulu, tumbuk daun inai dgn arang sbb nak bagi warna merah pekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan warnanya. Ya, mostly warna inai begitulah. Lebih kurang. Ada gelap ada cerah. A'ah kan, baru teringat ada letak arang juga. Nostalgia pakai inai dulu dulu, biasanya lebih meriah pakai bila ada malam berinai.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.