Mei 2026 | Hari keempat bermusafasir kami berada di negeri Selangor pula dari Perak lepas makan tengah hari di Rumah Salai N9 Seri Manjung. Kami sampai di Sungai Besar jam 1 lebih. Kononnya nak check in hotel awal.
Tapi tak dapat check in awal sebab masih awal jam 1 lebih. Receptionist bagi check in jam 2.00 petang paling awal pun. Okay baiklah, kami faham. Jomlah kita makan dulu. Nampak Cendol Atok masa dalam perjalanan menuju ke hotel tadi, jadi singgah mencendol di Cendol Atok lah kejap.

Waktu kami sampai tak ramai orang sangat. Mungkin sebab esok nak raya haji kot, masing-masing sibuk buat persiapan atau ramai balik kampung.
Cantik pula singage Cendol Atok ni. Ambil portrait mode nampak menarik sikit.

Kami pilih duduk di luar sahaja. Rasa macam gelap pula duduk di dalam. Saya perlukan pengcahayaan yang baik, baru dapat ambil gambar jelas sikit.

![]() |
| Waktu operasi : 11.00 pagi sampai 7.00 malam. Tutup hari Isnin |
Cantik pula singage Cendol Atok ni. Ambil portrait mode nampak menarik sikit.

Kami pilih duduk di luar sahaja. Rasa macam gelap pula duduk di dalam. Saya perlukan pengcahayaan yang baik, baru dapat ambil gambar jelas sikit.
Menu cendol dia ada macam-macam jenis ye. Aaa..susahnya nak buat pilihan!

Konsep order di sini, mereka akan ambil pesanan di meja dan sebelum balik bayar di kaunter. Sementara menunggu order siap, ambil gambar je lah kerja saya.

Klasik betul dekorasi disini ada tempayan lama ni ha. Tak lama menunggu, sampailah apa yang kami order. Saya order cendol atok ori je lah. Lebih suka cendol yang asli. Ada cendol, ada kacang merah.
Sedapnya cendol atok ori ni. Terasa santan lemak berkrim disukai ramai dengan rasa gula merah yang kurang manis. Sedap betul eh hirup cendol yang kurang manis. Ais kisar pun halus dan sejuk je lalu tekak. Sedap betul!

Encik Suami pula pesan affogato bunga telang kalau tak silap lah nama menu dia. Espresso tambah aiskrim vanilla dan whipped cream dihiasi dengan bunga telang. Macam root beer A&W versi tak ada gas kot. Ke? Ada sesiapa pernah cuba? Tak tahulah nak describe macam mana.
Saja je nak mencuba. Pernah nampak affogato coffee dan tahu kopi campur aiskrim tapi tak pernah rasa. Itu yang order menu ni. Finally dapatlah rasa juga. Not bad lah.

SSejuk tekak dapat mencendol ketika cuaca panas ni. Ada hikmahnya tak dapat check in awal, dapatlah kami makan cendol di Cendol Atok ni. Selama ni ke Sabak Bernam lalu je, sekarang baru menyinggah.

Lepas tu ceritalah dengan anak buah kami makan cendol kat sini. Dorang pun cakap cendol sini sedap dan kurang manis. Kira terbuktilah tu sedap, kann!

0 Comments