Header Ads


Amaran Hujan Berterusan Bahaya. Bersiap siaga dengan Bug Out Bag (BOB)

Sehari dua ni hujan memanjang. Berhenti seketika lepas tu sambung hujan. Tak sempat cahaya matahari nak muncul. Sejak semalam dah banyak kawasan dinaiki air sehinggakan darurat banjir. Ramai terkandas disebabkan banjir.

Klang, Kuala Langat, Shah Alam, Sepang, Bukit Jelutong, Subang, Setia Alam semua dah banjir teruk. Pahang, Melaka, Kelantan, Johor pun banjir. 

Berat  mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Kita doakan semoga semuanya selamat dan bantuan cepat sampai. Risau tengok ada yang warga emas yang sakit terbaring hampir tenggelam. 

Ada yang terkandas dengan anak kecik tanpa makanan dan perlindungan. Dengan hujan lebat lagi. Air empangan pun terpaksa dilepaskan sebab tak paras bahaya. Allahuakbar. Berat betul ujian banjir kali ni.

Awal pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia  dah keluarkan amaran hujan berterusan bahaya seluruh semenanjung Malaysia.
Amaran Hujan Berterusan Bahaya
sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

_ BAHAYA : Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021
  • Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan)
  • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat)
  • WP Kuala Lumpur

_ BURUK: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021
  • Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu)
  • Pulau Pinang
  • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama
  • dan Kuala Kangsar)
  • Kelantan (Gua Musang)
  • Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan)
  • Selangor (Sepang)
  • WP Putrajaya
  • Negeri Sembilan (Jelebu)

_ WASPADA : Hujan berterusan dijangka berlaku sehingga 19 Disember 2021
  • Perlis
  • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling)
  • Perak (Hulu Perak)
  • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tana Merah, Bachok,
  • Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
  • Terengganu
  • Pahang (Bera dan Rompin)
  • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin)
  • Melaka
  • Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat)
Masih ingatkah lagi beberapa bulan lepas ada kempen siapsiaga hadapi ancaman? Ketika dunia sedang sakit dengan ancaman virus, bencana alam dan sebagainya. Kita kena bersiap sedia dari segi fizikal, mental, emosi dan rohaniah.

Kesiapsiagaan sangatlah penting. Setiap orang pastikan ada Bug Out Bag (BOB) sebagai persediaan jika berlaku sebarang ancaman/bencana.

Siapsiaga Hadapi Ancaman Sediakan Bug Out Bag (BOB)
sumber : met.gov.my



Apa itu BOB – Bug Out Bag/GoBag ?

Bug out Bag atau BOB adalah bag yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika evacuation darr pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Kenapa perlu ada BOB?

• Sebagai persediaan awal jika terpaksa keluar dari rumah dlm keadaan tergesa2
• Hanya GRAB & GO tanpa perlu mengambil masa utk berfikir dan mengemas apa yg perlu dibawa
• Menjauhkan diri dari tempat bencana secepat mungkin
• Kit lengkap dengan pelbagai peralatan yg diperlukan utk survived diluar selama 3 hari
• Memudahkan serta menpercepatkan proses evacuation/perpindahan

Antara peralatan yang diperlukan untuk BOB

Five Cs of Survivability

1. Cutting Tools
• Alat untuk memotong.
• Contoh : Pisau, parang, kapak, multitools dll.

2. Cover Elements
• Membantu mengawal suhu badan, berlindung dari hujan dan panas.

Antara Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk tempat perlindungan
• Ringan
• Mudah dibawa
• Cth: shelter, thermal blanket, sleeping bag
• Khemah/tent
• Fly & Ground Sheet
• Hammock

3. Combustion devices (Kit Api/Fire Kit)
• Alatan yg diperlukan utk menghasilkan api. Sama ada utk memasak atau memanaskan badan.
• Ferro Rod
• Flint & steel
• Mancis api/waterproof matches
• Lighter/pemetik api
• Tinder untuk memudahkan pembakaran
  • Fat wood
  • Cotton with Vaseline
  • Charcloth
  • Tiub basikal/tiub moto

4. Containers
• Bekas utk membawa air, melindungi bahan makanan yg dibawa atau utk memasak
• Paling Basic: tempat masak & cerek + kawan2 dia

5. Cordage
• For binding & lashing. Utk ikatan.
• Cth: paracord, duct tape, cabel tied

Kit Air/Water Kit
• Botol air
• Penapis air personal – mini sawyer, lifestraw
• Aqua tabs
• Chlorine Purifier Tablet
• Bekas untuk memasak air

Kit Makanan/Food Kit
• MRE – Meals Ready To Eat / RTE – Ready To Eat
• Dehydrate Food

First Aid Kit (yang basic)
• Triangle bandage
• Cotton
• Gauze (different type)
• Self adhesive plaster
• Jelonet
• Burn cream
• Antiseptic
• Dettol
• Cotton buds
• Bandage (few sizes)
• Safety pin
• Small pieces of wood at least 2
• Cpr mask
• Alcohol swab
• Gloves
• Gamat oil
• Smelling salt (kalau ada)
• Burn dressing
• Israeli bandage (if know how to use)
• Tweezer
• Scissors
• Antiseptic cleaning wipes
• Tourniquet (if know how to use)
(its all depend on your competency, certification, authorities allow procedure and skills)

Kit Kebersihan/hygiene kit
• Penjagan gigi(berus dan ubat gg, siwak dll)
• Paper Soap/sabun mini
• MC – menstrual cup
• Cloth pad

Kit Pakaian
• Baju serap peluh(microfiber)
• Seluar tahan lasak (cargo pants, seluar hiking)
• Pakaian dalam (termasuk thermal inner & legging)
• Sarung tangan
• Stokin
• Jaket/windbreaker

Kit Pandu Arah/Navigation Kit
• Peta (satellite atau hibrib)
• Kompas
• GPS

Tool Kit
• Headlight with Battery
• Flashlight/torchlight
• Silky Saw
• Multitool
• Powerbank
• Solar Panel

Communication Kit
• Dual Band + FM Radio Walkie
• iPhone / Android
• Signal Mirror

Others Kit/Miscellanous
• Family Photo (hard & soft copy)
• Copy Insurance Policy
• Copy of Identification Card / Passport
• List of Emergency Contact / Help
• Money / Gold Coins
• Extra Keys (House / Car / Office)
• Clothing
• Important documents

Boleh tambah keperluan lain jika perlu. 

#daruratbanjir - bantu mereka yang memerlukan bantuan.

sumber BOB : Muallij Ahmad

30 comments:

  1. walaupun rumah parent kat Raub di temapt tinggi, tapi memang tak kemana mana lah abah..hujan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau jugak tu kalau terputus laluan. Semoga kekal ditempat yang selamat.

      Delete
  2. Ya Allah, memang risau tengok ramai kongsi keaadan di jalan raya, moga selamat semuanya. Bagus peringatan tentang Bug out bag tu. Terima kasih Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semuanya selamat dan mendapat bantuan segera.
      Aaamin..
      Sama² kak

      Delete
  3. Bagus ni. Sebenarnya ramai yang menggagau ketika banjir terjadi. Kalau saya pun mungkin panik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek kata BOB ni sangat membantu bila diperlukan. Kurang sikit rasa panik bila berlaku sesuatu.

      Delete
  4. betul, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka terus kuat dan berada di tempat yang lebih selamat.

      Delete
  5. Banyak juga kena letak dalam BOB.
    Memang hujan lebat semalam dan berhenti sekejap lepas itu sambung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak keperluan yang dapat membantu dan memudahkan urusan. At least ada dalam satu beg mudah nak dibawa. Semalam dan harini tak hujan. Banjir pun ada yang dah surut. Alhamdulillah...

      Delete
  6. semoga dipermudahkan semua mangsa2 banjir di tanahair tuuuh., aminn

    ReplyDelete
  7. Harap2 hujan tak berterusan
    Semoga banjir cepat surutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari dua cerah sikit cuaca wak. Tak hujan.
      cepatlah surutnya. Aaminn...

      Delete
  8. Alhamdulillah hujan dah berhenti tapi bakal hujan jugak nanti...pagi tadi mendung di KL..alhamdulillah tengahari ni cerah pulak...harap berterusan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semalam dan harini tak hujan. Semoga cepatlah air banjir surut.

      Delete
  9. 2 hari nonstop ujan since jumaat...alhamdulillah ahad smlm dh tk ujan tp still mendung

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, rumah saya tak terkesan dengan banjir, rumah adik beradik yang lain pon tak terjejas.

    ReplyDelete
  11. moga dipermudahkan la urusan bg mereka2 yg terkesan tu..sedih sgt tgk.

    ReplyDelete
  12. Malaysia ni kena improve alert system. hantar SMS kerap macam nak suruh inject vaksin and jaga SOP.Apa pun, benda dah jadi. Jom kita bantu apa yang termampu buat mangsa banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sistem gitu barulah selari dengan negara ada teknologi. SMS yang satu rajin pulak hantar setiap hari.
      Marilah kita,Jom!

      Delete
  13. Saya mengikuti berita banjir di Malaysia nih, sediiih sangaaat 😭. Trutama karena saya sudah menganggab Malaysia, especially Penang, seperti second home :(.

    Semoga keadaan cepat membaik ya kak.. air cepet surut. Keadaan tempat akak okay kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamin...Terima kasih doakan untuk rakyat Malaysia.
      Alhamdulillah..tempat saya tak kena banjir. Tapi tetap risau jugak.

      Delete
  14. betul tu FIza.. berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul dan emlalaui keadaan tu..

    ReplyDelete
  15. Fuh, sedih lah..Hm..Moga tabah dan dipermudahkan urusan semua..Nona tak dapat imagine...kalau terpaksa menghadapinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aaminn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.