Julai 2026 | Berdebar lain macam nak jumpa doktor kali ni. Kali terakhir jumpa doktor bulan April. Haritu kena puji, takut hari ni lain pula jadi. Sebabnya kita tak jaga makan dan tak bersenam. Timbang pun berat naik hampir 1 kilo dalam masa 3 bulan ni.

Ya ampunnn...Apa nak jadi ni???

Berat saya kejap naik kejap turun. Naik dan turun pun tak banyak sangat lebih kurang 0.3-0-5 range dia..Masa nak jumpa doktor tu lah berat naik 0.8 nak sampai 1 kilo dah. Ish ish ish...

Tapi yelah kan, di hospital tu timbang sekali dengan pakaian berlapis, tudung dan jam sekali. Mana mahunya ringan macam timbang di rumah. Kat rumah tak pakai tudung tak pakai jam masa timbang. 

Silap saya lupa nak buka jam tangan. Buka kasut je masa tu. Haishhh masa tu lah sel-sel otak tak reti nak berhubung.

Hari Bertemu Doktor Bulan Julai

Datang tak berapa nak awal sangat. Lebih kurang jam 9 lebih macam tu. Daftar, lepas tu kena ambil darah dan juga urine. Pergi klinik hantar borang dan kad appointment, doktor pun tak sampai lagi.

Hari Bertemu Doktor Bulan Julai

Kita pergi makan dulu lah dah lapar menahan diri puasa dari malam tadi sebab nak ambil darah kan. Lagipun result siap lebih kurang sejam macam tu. 

Hari Bertemu Doktor Bulan Julai
anak bongsu vs anak no.2,  jangan tanya kenapa dia posing macam tu

Lepas makan terus ke klinik. Tunggu tak lama, giliran saya masuk. Result saya mesti tak okay sangat kan doktor? Kenapa tu doktor tanya semula. Sebab saya tak jaga makan dan tak bersenam. Hihi..

Doktor pun belek resultnya. Hmmm taklah teruk sangat. Masih baik masih ok ni. Lebih kurang macam 3 bulan lepas je. Alhamdulillah. Fuuhhh ghisau dibuatnya. 

Kita dahlah melantak makan durian, tak jaga makan dengan pakej tak bersenam sekali. Parah ni. Syukurlah result dia taklah seteruk yang saya bayangkan. Boleh happy jugalah tapi dalam masa yang sama kena jaga-jaga.

Kena mulakan bersenam balik, kurangkan stress, cukup tidur, cukup rehat, jaga pemakanan, yada yada yada...

Nak cuba makan fish oil pula ganti Extra Virgin Olive Oil yang tak boleh nak telan tu. Harapnya result selepas 3 bulan lebih baik dan terus membaik. InsyaAllah..Aamiin...