Tarikh 31 Ogos 2026, Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. Tarikh keramat bagi rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan juga disebut hari Kemerdekaan yang diraikan setiap tahun sejak tahun 1957.

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2026

Tema Hari Kebangsaan 2026

Hari Kebangsaan Malaysia 2026 Yang ke-69 membawa tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati". 

Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh. istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.

Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian


Logo Hari Kebangsaan 2026

Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2026 Yang ke-69

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 akan berlansung di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2026.

Cara untuk ke lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Cara untuk ke lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Gunakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan untuk memudahkan perjalanan ke lokasi Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2026 di Dataran Putrajaya.

Sambutan ambang Merdeka ke-69 juga akan diadakan Dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk acara hitung detik serta pertunjukan bunga api.

Sambutang Ambang Merdeka Hari Kebangsaan Malaysia 2026 Yang ke-69

Koleksi Ucapan Hari Kemerdekaan/ Hari Kebangsaan 2026 

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 2026
Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara Malaysia. 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 buat negaraku Malaysia tercinta.
Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni.

Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dapat menghirup udara segar dengan aman dan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai. Selamat Hari Kebangsaan Ke-69, Malaysia MADANI.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-69 buat negaraku Malaysia tercinta, Tanah tumpahnya darahku. Kemerdekaan ini besar nilainya buat kita semua. Ayuh Malaysia MADANI, Marilah kita kobarkan semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang dan tanamkan semangat patriotisme dalam diri.

31 Ogos 2026, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita dalam membentuk Malaysia MADANI yang aman harmoni. Watan ini milik kita semua!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan!

31 Ogos 2026
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69.

Salam Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia.
Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita Merdeka daripada penjajah, juga merdeka daripada perkara yang sia-sia.

 

Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Kebangsaan/Kemerdekaan 2026 

Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.

31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan Kemerdekaan kita.

Bulan Kemerdekaan disambut penuh semangat,
Sambil mengharap Malaysia terus berjaya,
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur gemilang ,
Tanda cinta pada negara.

Setiap tahun kita menyambut Merdeka,
Jalur gemilang  berkibar megah,
Sejarah Malaysia jangan pula dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.

Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.

Manis senyuman, melanjut usia,
Bahagia dicita, terpancar di muka,
Kita semua rakyat Malaysia,
Bersama kita, sambut Merdeka.

Memang terbilang sebuah hikayat,
Kisah dahulu ramai yang suka,
Jalur gemilang  semangat rakyat,
Dikibar selalu tanda Merdeka.

Bunga raya di dalam dulang,
Daunnya pula di makan ulat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia Merdeka kekal berdaulat.

Sungguh indah negeri Melaka,
Tempat lahir ramai pahlawan,
69 tahun kita Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.

Dari Kelantan ke negeri Melaka,
Singgah berehat di pekan Kuantan,
Sudah 69 tahun Malaysia Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.

Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.

Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Sudah 69 tahun Kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.

Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
69 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Tanah ini Tanah MELAYU,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.

Jalur gemilang  bendera negara,
Tanda Malaysia negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda.

Jalur gemilang berkibar megah,
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti Kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah.

sumber info dan image : theinspirasi, infosentralmerdeka360