Tiba-tiba pula Bambina buat diskaun di TikTok. Tak boleh jadi ni, terus add to cart dan submit order. Nak dijadikan cerita, masa hari raya Aidiladha haritu saya nak beli baju kurung Kalthum Merona warna ruby ni tapi out of stock. Jadi, belilah warna mocha tu.
Grab jugalah daripada kempunan tak dapat kan. Tak ada rezeki nak beli warna ruby which is warna maroon merah ni. Lepas raya tu saya perasan mereka restock. tapi saya tak membeli lah sebab baru beli kan. Sehelai bukan murah.
Tapi bila nampak ada diskaun yang baru ni. Warna dan size yang saya nak beli tu tinggal 1 je pula. Tu yang terus beli. Baik beli sebelum menyesal.

Kalau sudah tertulis rezeki kita, tidak kemanalah rezeki tu pergi. Alhamdulillah.
Dibungkus dengan bungkusan linen berbentuk sampul surat besar bertulis Bambina, " A silhoutte for generations".

Kali ini tak fancy sangat. Cuma ada ikatan riben hitam dan juga card. Saya pakai X-Shmol which is saiz XS. Baju kurung loose Bambina ni je lah mampu pakai saiz paling kecil. Kalau baju jenama lain jangan harap nak pakai XS. Kikiki...

Sulaman corak yang sama inspirasi daripada bunga cengkih. Harga asal RM349, dapat diskaun 45%. Berbaloi sangatlah membeli kan. Boleh pakai untuk next event nanti.

Kalau beli masa Off season dapatlah harga murah sikit berbanding harga asal masa musim raya tu. Sekarang yang tinggal hanya stok warna white sahaja. Mujurlah saya cepat membeli. Kalau tidak kempunan kali kedua. huhu...
0 Comments