Sekarang tengah musim buah dokong agaknya kot. Meriah nampak orang jual buah dokong di mana-mana. Selaku peminat buah dokong, takkan tak beli. Encik Suami beli sekilo RM10. Elok peniaga tu bagi dua gugus buah dokong ni.
Suka sangat kalau peniaga bagi macam ni. Buah elok dah tahan lama sebab masih belum terlerai lagi. Cuma dia mahal sikitlah kot sebab timbang dengan tangkai sekali. Ke tak kira?

Manis buah dokong ni ada masam sikit. Ada juga yang belum matang sepenuhnya dan rasa kelat sikit. Tapi sedap je boleh makan.
Dua gugus ni saya makan seorang je. Makan sikit-sikit lah tapi. Encik Suami tak suka sangat, risau sakit perut katanya. Saya makan okay je tak ada pun terus nak membuang. Tapi dulu pernah lah jadi juga, makan je masuk tandas. Kali ni okay pula. Magis betul.

Selepas saya tanya Uncle Google, katanya musim buah dokong ni bulan Jun sampai September. Peminat buah dokong, sila beli tengah musim ni. Antara buah dokong, duku dan langsat saya suka buah dokong, lepas tu duku dan akhir sekali langsat.
Buah langsat banyak getah dan kelat. Duku sedap tapi susah nak dapat.
Suka sangat kalau peniaga bagi macam ni. Buah elok dah tahan lama sebab masih belum terlerai lagi. Cuma dia mahal sikitlah kot sebab timbang dengan tangkai sekali. Ke tak kira?

Manis buah dokong ni ada masam sikit. Ada juga yang belum matang sepenuhnya dan rasa kelat sikit. Tapi sedap je boleh makan.
Dua gugus ni saya makan seorang je. Makan sikit-sikit lah tapi. Encik Suami tak suka sangat, risau sakit perut katanya. Saya makan okay je tak ada pun terus nak membuang. Tapi dulu pernah lah jadi juga, makan je masuk tandas. Kali ni okay pula. Magis betul.

Selepas saya tanya Uncle Google, katanya musim buah dokong ni bulan Jun sampai September. Peminat buah dokong, sila beli tengah musim ni. Antara buah dokong, duku dan langsat saya suka buah dokong, lepas tu duku dan akhir sekali langsat.
Buah langsat banyak getah dan kelat. Duku sedap tapi susah nak dapat.
38 Comments
Mahal juga RM 10 sekg.
ReplyDeleteYe wak. Kat sini RM10. Beli jugalah walaupun mahal.
DeleteSusah nak beza duku, dokong, langsat. Sedapnya lama tak makan.
ReplyDeleteSenang je nak beza duku tu sebab berbeza dari dokong dan langsat. Buah duku besar dan tebal kulit dia.
DeleteSamaaaaa, sayapun lebih suka buah duku drpd Langsat kak. Kalau di Indonesia, duku yg manis itu asal Palembang. Jadi kalau di Palembang dah musim, di bawa ke JKT muraaah sangat. 1 kg cuma Rp5k. Nanti nak cari lah, apa di sini musimnya sama atau tak.
ReplyDeleteLangsat tu masam. Susah nak dapat yang manis. Itu yang kurang suka. Murah sangat tu Fanny, rugilah kalau tak membeli kan. Nanti boleh cari.
DeleteWhat a lovely harvest! Thank you so much for sharing these photos and information about this fruit! I hope you are having a wonderful week. :)
ReplyDeleteI just bought it not harvest. Thank you Linda for the compliments. You too, have a wonderful week.
DeleteI want to thank you so much for your kind comment on my blog! The yellow flower is a dandelion. It is actually a weed. But I find it sunny and pretty with the yellow. The white tiny flowers in my other photo, I am not certain as to what they are. :)
ReplyDeleteNo problem Linda. Ohhh that's why I've never seen it before. Thank you Linda for letting me know.
DeleteBuah dokong ni kalau tergigit bijinya tuh yang buat terkebil-kebil eh ke yang tuh biji buah langsat ye
ReplyDeleteYeee. Kalau tergigit tu naya. Buah langsat pun sama bijinya macam tu tapi isi buah langsat tu masam dan kelat. Dokong ni manis lagi.
Deletefav. suka sangat buah dokong
ReplyDeleteSedap kan buah dokong ni. Manisss...
Deletesedapnyaaa...nampak fresh
ReplyDeleteAlhamdulillah..fresh tu sebab masih lagi ada tangkai.
Deletesedap.. linda pun suka.. tapi, pokok bapak belum ada tanda2 berbuah pula...
ReplyDeleteOhh tak sama musim pulak ye. Tak lama lagi lah tu. Dapatlah makan fresh from pokok.
DeleteSedapnya buah dokong! 🤤 macam nak kena pergi pasar chow kit cari buah dokong jugak camni.
ReplyDeleteKann..kena cari ni bila dah musim. Kalau luar musim lagi susah nak dapat.
Deletemasa hari mengundi tu otw balik Seremban dari Bangi adik lelaki ammi nampak org jual dokong dan dia beli. Tp ehhhhh baru perasan sebijik pun kakak dia ni tak merasa. Dia jemput je "ngah ada dokong ni atas meja". Tau-tau hilang smua.
ReplyDeleteAlahaiii sian Ammi. Tak ada rezeki Ammi nak merasa buah dokong. Tapi area sini banyak juga orang jual tepi jalan.
DeleteDah lama tak makan buah ini.
ReplyDeleteTengah musim buah ni, bolehlah beli kalau teringin.
DeleteAkak suka kalau musim buah macam ni. Dokong sedap. Duku pun sedap. Sedap bila dapat murah dapat makan banyak2
ReplyDeleteKalau datang musim buah yang kita suka. Seronok dapat makan.
DeleteUish sedapnya buah dokong manis-masam! Nasib baik perut cooperate kali ni. Encik suami rugi tak join.
ReplyDeleteMemang sedap. Mujurlah perut tak meragam. Dia tak makan, kitalah untung dapat makan lebih. hihihi...
DeletePaling sedaplah kalau dapat buah dokong. Kalau saya, makan rak boleh berhenti hihihi.
ReplyDeleteItulah, dapat yang kecil-kecil sedap tu. Syok je makan tak tahu bila nak berhenti. hihihi
DeleteAda satu lagi Fiza, kacukan duku langsat.
ReplyDeleteTapi selalu keliru 😂
Alamak, duku langsat pun ada ek. Yang tu tak pernah jumpa lagi. Apa nama buah tu kak?
DeleteDah lama x makan...selain dokong Kak SA suka buah duku yg kulit tebal tu
ReplyDeleteSekarang tengah musim ni banyak orang jual. kot teringin boleh beli. Duku pun saya suka tapi susah nak jumpa kan.
Deletekita kalah dgn buah ni sekarang, makan dua tiga biji rasa mcm nafas tak sampai.
ReplyDeletesuka juga makan namun kena berjaga-jaga.
Haa bahaya tu. Better jangan makan kalau memudaratkan.
Deletesaya suka buah dokong! dulu2 memang ada pkok dokong ni kat dpn rumah my mom kat kg..now dh tebang semua..tinggal manggis dan rambutan jer
ReplyDeleteAla sayangnya dah tebang. Nak makan kena beli lah macam tu.
Delete