Julai 2026 | Encik Suami dalam perjalanan balik kerja dan singgah pasar malam. Nak beli apa-apa tak katanya. Saya pun tak tahu nak apa sebab tak tahu apa yang ada kat pasar malam tu. Beli je lah apa-apa.

Ada putu mayam. Nak tak? Pun boleh. Putu Mayam warna hijau, perisa pandan. Didatangkan sekali dengan gula perang, gula merah dan juga kelapa parut. 

Balik rumah Encik Suami cerita, peniaga tu tanya nak gula perang ke gula merah? Encik Suami kata dua-dua lah. So kena tambah RM0.50 untuk tambah 1 pek kecil gula.

Putu Mayam Pasar Malam

Putu Mayam ni sejenis kuih tradisional yang susah nak jumpa orang jual melainkan di Pasar Malam. Kan? Cara makan dia campur semua baru makan atau cubit sikit-sikit setiap satu tu baru makan? Korang makan macam mana?

Kuih yang sedap bila semuanya bergabung. Saya sukakan rasa manis yang tak manis sangat dan rasa lemak masin kelapa parut tu sebab dicampur dengan garam sekali kan. Selain putu mayam, putu bambu dan putu piring pun saya suka juga.