16 Julai 2026 |  Sepatutnya saya ada sebulan lagi untuk habiskan braces monthly review tu dan ada baki lagi RM100. Tapi since doktor kata gigi dah okay semua dan doktor bagi dua pilihan iaitu:

  1. teruskan monthly review lagi sebulan, habiskan baki RM100 dan debond bulan seterusnya atau
  2. buka braces dan bayar baki RM100 tu sekali
Setelah difikirkan, saya debond lah sebab doktor kata gigi dah okay semua. Rasa macam tak sabar pula nak tunggu lagi sebulan tu kan. Baiklah kita debond.

Sebelum debond tu doktor terangkan apa yang perlu dan sign beberapa consent. Banyak sikit nak kena sign hari terakhir bersama gigi besi ni. 

Masa doktor nak tanggalkan bracket tu. Umangaiii rasa macam gigi nak ikut sekali tertanggal. Rasa sakit gigi. Lepas tu doktor bersihkan gigi dari stain bracket yang melekat. Lepas tu doktor buat rawatan scaling. 

Debond Day Bye Gigi Besi

Lepas scaling, buat acuan pula untuk retainer. Kemudian buat rawatan whitening pula. Rawatan whitening 3 cycle. Setiap cycle 15 minit. Menunggu lah dengan sabar ye.

Hasilnya dalam gambar kecil tu. Dia taklah putih sangat macam kapur tu. Cerahlah sikit daripada yang sebelum ni. 

Lepas buat rawatan whitening, berpuasalah dari minum dan makan yang berwarna tu selama 48jam. Tak boleh minum kopi lah kita. Makan berkunyit ke kari ke, No No No okay!

Ada kesan lain lepas buat whitening, bibir jadi hitam sikit dan lepas tu bibir kering tebal selapis macam makan sup minyak melekat kat bibir tu. Jadi macam tu sebab iritasi daripada bahan yang digunakan tu. Itu kesan yang biasa.

Saya letak vaseline kurangkan sakit bibir kering merekah tu. Dalam 2 hari macam tu dia mengelupas dan okay dah. Bukan sakit bibir je, gigi macam ngilu sikit. Dia kejap-kejap kang datang ngilu tu. Arghh!

Syukurlah dalam sehari dua je rasa kesakitan tu. Masih boleh bertoleransi lagi dengan sakit. Beauty is pain, aite?

Yeay, dah bebas braces. Seminggu lagi akan berkawan baik pula dengan retainer. Doktor cadangkan saya guna hawley retainer sebab ada gigi palsu. Untuk essix macam tak sesuai ada gigi palsu sekali. Okay, baik Doc!

Hari terakhir debond (buka braces) ni bayaran dia lebih lah sikit. Hawley retainer atas bawah  + denture (RM800), Whitening +scaling (RM399) dan baki monthly braces RM100.

Pakej braces yang saya ambil

Conventional braces atas bawah : RM4500
Monthly : RM150
Deposit : RM799

Saya ambil pakej pendakap gigi konvensional/conventional braces jenis pendakap gigi tradisional. Kalau ada modal boleh ambil self ligatin braces tapi lebih mahal. Proses cepat dan kurang sakit katanya.

Tidak termasuk dalam pakej

Consult + Xray : RM180
Tampalan : RM100 x1 (before pakai braces)
Scaling : RM99 x3 

Dalam masa 2 tahun pakai braces, 3 kali saya buat rawatan scaling. Scaling yang terakhir tu harga dah termasuk dalam pakej whitening. Begitulah jumlah kos dia. 

Selain kos yang tinggi, komitmen juga kena tinggi untuk pastikan rawatan berjalan lancar dan memperolehi hasil yang terbaik. Pastikan tak skip appointment, jaga kebersihan gigi dan keSABARan tu kena letak di tahap paling tinggi sekali.

2 tahun yang berlalu begitu pantas. Bye gigi besi! 

Debond Day Bye Gigi Besi

Lepas ni masih kena jumpa doktor 6 bulan sekali. Check gigi secara berskala. Dah buka braces ni lagi mudahlah nak bersihkan gigi. Paling mudah bila nak floss lah, tak ada halangan besi tu. Tapi nanti kena pakai retainer lagilah mencabar cerita dia. 

Okay next, tunggu retainer siap.