Saya tak mampu nak meneruskan telan Extra Virgin Olive Oil (EVOO) tu. Bau dan rasa tu tak boleh lalu tekak dah. Ambil keputusan untuk cuba makan fish oil pula. Fish oil pun banyak manfaatnya juga. Tapi lebih bagus EVOO lah seperti yang disarankan oleh doktor.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad, Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A'aFIYAT
Kami survey fish oil di Watsons. Setelah buat perbandingan dan kira-kira harga, kami beli Fish Oil BiO-LiFE yang lebih berbaloi beli twin pack.


Mengandungi Omega-3 triglycerides 300mg :
Minyak ikan (Fish Oil)
Minyak ikan kaya dengan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) yang menyokong kesihatan jantung, mengurangkan keradangan, serta membantu perkembangan fungsi otak dan penglihatan. Ia menjadi suplemen popular bagi mereka yang kurang makan ikan segar dalam diet harian.Kebaikan minyak ikan (Fish Oil)
1. Menurunkan keradangan
- Kaya dengan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang bersifat anti-radang.
- Membantu pesakit arthritis, asma, penyakit autoimun & keradangan usus.
2. Menurunkan tahap kolestrol & trigliserida
- Omega-3 menurunkan trigliserida dalam darah.
- Membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan risiko penyakit jantung.
3. Menyokong kesihatan otak
- DHA adalah komponen penting dalam membran sel otak.
- Meningkatkan daya ingatan, fokus & fungsi kognitif.
- Membantu kanak-kanak (perkembangan otak) & warga emas (lambatkan demensia).
4. Melindungi kesihatan mata
- DHA juga penting untuk retina.
- Kajian menunjukkan omega-3 bantu kurangkan risiko degenerasi makula & mata kering.
5. Menyokong kesihatan sendi
- Mengurangkan kekakuan & sakit sendi, terutamanya pada pesakit rheumatoid arthritis.
- Bertindak sebagai "pelincir semula jadi" untuk sendi.
6. Menyokong kesihatan kehamilan & bayi
- Omega-3 bantu perkembangan otak & mata janin.
- Penting untuk ibu hamil & menyusu bagi menyokong tumbesaran bayi.
7. Kesihatan kulit
- Mengurangkan masalah kulit kering, ekzema & psoriasis.
- Bertindak sebagai anti-radang & melembapkan kulit dari dalam.
8. Meningkatkan mood & kesihatan mental
- Omega-3 terbukti membantu pesakit kemurungan (depression) & keresahan (anxiety).
- Menstabilkan mood & menyokong keseimbangan neurotransmitter.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad, Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A'aFIYAT
Kami survey fish oil di Watsons. Setelah buat perbandingan dan kira-kira harga, kami beli Fish Oil BiO-LiFE yang lebih berbaloi beli twin pack.

Saya consume untuk kurangkan paras kolestrol dan kesihatan mata, Encik Suami pun consume sekali untuk kesihatan kulit disebabkan ekzema. Tu yang beli twin pack terus. Harapnya ada lah perkembangan yang lebih baik nanti. InsyaAllah..Aamiin..
Setakat ni kena konsisten makan lah. Results tu kenalah tunggu jumpa doktor nanti janji temu seterusnya. So far saya okay je telan softgel ni. Lebih mudah nak consume berbanding liquid. Tak ada rasa pelik sebab telan terus kan.
Setakat ni kena konsisten makan lah. Results tu kenalah tunggu jumpa doktor nanti janji temu seterusnya. So far saya okay je telan softgel ni. Lebih mudah nak consume berbanding liquid. Tak ada rasa pelik sebab telan terus kan.
Bau tu adalah bau sikit masa nak ambil dari dalam botol. Itu takpe, masalah boleh dibendung. Janji boleh telan dengan aman.
Cara dan waktu makan fish oil
Untuk dapatkan 1000mg tu, saya consume 3 biji sehari. Makan 1 biji selepas makan. Kena makan 3 kali untuk cukupkan 1000mg tu walaupun tak cukup kurang 100mg.

Apa yang saya baca di Threads, kat botol memang tulis 1000mg tapi kena tengok EPA dan DHA dia. Saya belek di belakang botol tulis
Mengandungi Omega-3 triglycerides 300mg :
- Eicosapentaenoic Acid (EPA) 100mg
- Docosahexaenoic Acid (DHA) 120mg
So, satu kapsul tu hanya mengandungi 300mg sahaja. Kenalah makan 3 biji sehari dapatlah 900mg. Kalau ada kebaikannya, kita teruskan.
0 Comments