Lambat sikit nak cerita pasal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan haritu. 1 Ogos 2026, tarikh orang Negeri Sembilan memilih yang melibatkan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Encik Suami mengundi di Kuala Pilah, DUN Pilah. Kami balik tengah hari sebab pagi tu confirm lah jem. Sebelum gerak tu tengok Seremban-Kuala Pilah jem teruk. Waze suggest ikut Rembau-Miku. Kami malas nak ikut situ sebab rasa macam jauh.

Baiklah kita ikut je jalan biasa tapi ikut jalan bukit putus lama. Baru masuk jalan bukit putus lama tu, jem melekat tersangkut di skala 6. Keluar dari jalan lama bukit putus tu sambung jem lagi sampailah Tanjong Ipoh. Phew~ Lotih menghadap jem

Alkisah Pilihan Raya Negeri N9

Seremban-Kuala Pilah biasanya tak sampai sejam jadi 3 jam nak sampai disebabkan PRN. Tapi kalau musim raya ke apa, macam tu juga cerita jem dia. Weekend pun kadang jem boleh tahan juga. Dari dulu camtu je jem dia.

Sampai je  dah pukul 3 lebih. Teruslah Encik Suami pergi tempat mengundi. Tak lama pun sebab tak ada orang pun dah petang ni. Ramai agaknya tersekat dalam jem. Lepas mengundi jumpa pula geng lama, berburak kojap. Tu deh bilo jumpo kawan.

Alkisah Pilihan Raya Negeri N9

Selesai mengundi, balik rumah mak. Mak dan adik-adik ipar dah selesai mengundi. Keputusannya seperti yang telah diketahui. Aura gelombang biru sampai di Negeri Sembilan.

Semoga kepimpinan yang baharu dapat membawa perubahan yang baik, kemajuan yang berterusan dan kesejahteraan buat rakyat Negeri Sembilan.

Rugi pula rasanya tak balik mengundi PRN Johor haritu. Kalau tidak dah geng ink dah. Rasa macam nak tukar alamat sini je lah. Tak payah dah nak balik mengundi di kampung Johor. Mengundi satu tempat kat sini lagi senang. Nantilah difikir-fikirkan dulu.