Julai 2026 | Macam teringin sangat makan jambu bol atau orang panggil jambu K***** di tempat saya. Jambu ni susah nak dapat dan rare jugalah di zaman sekarang ni. Mana nak cari ek? Dia kadang ikut musim juga.
Saya pun carilah di TikTok. Jumpalah peniaga yang dekat sikit. Dekat tak dekat sangatlah, kat Labu tu ha. Rezeki sayalah sebab ada stok lagi. Sekilo RM20. Disebabkan teringin, kita pun belilah.

Jambu dia ada yang matang dan ada yang belum. Dapatlah saya melepaskan teringin nak makan jambu bol. Tapi yang sedihnya jambu dia banyak rosak. Yang masak pun ada rosak dalam dia. Dapat makan sikit je lah buat rasa-rasa, janji dapat rasa.
Peniaga ni bukan penjual buah. Sambil-sambil je menjual buah dari kebun ke rumah dia agaknya lah. Asal boleh jual mungkin. Saya tak salahkan peniaga, mungkin dia pun tak tahu kualiti buah tu kot. Kita husnuzon jelah.
Persoalannya sekarang, mana nak cari jambu bol ni ek? Nak yang elok-elok boleh dimakan. Susah betul nak mencarinya. Ikut musim juga kan.
0 Comments