Julai 2026 | Dalam perjalanan balik dari PSAS, kami singgah Kenangan Coffee dan kemudian singgah Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Pergi Kenangan Coffee beli kopi untuk sayalah, sekarang suka dengan Kenangan latte. Buat bekal dalam perjalanan.

Lepas tu singgah CBTL sebab Encik Suami nak beli air double chocolate yang sedap. Alang-alang dah pergi CBTL saya tambah beli Kyoho Grape Mixer Longan ni. Dah berkali-kali beli sebab sedap. Terkena hasutan mereka di Thread lah ni.

Kyoho Grape Mixer Longan di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL)

Menggabungkan rasa anggur Kyoho Jepun yang manis dan sedikit masam dengan longan menjadikan minuman yang menyegarkan dengan rasa buah.

Segar tekak minum air ni tengah cuaca panas. 

Kyoho Grape Mixer Longan di The Coffee Bean & Tea Leaf

Sedap ya amat air anggur campur longan ni. Serius sedap! Silalah order ye tapi tak boleh selalu sebab manis sikit tapi bukan manis leting dan harga dia macam mahal sikitlah RM14 lebih ke RM16 lebih entah. Sesekali bolehlah.

Asyik kopi je kan, tukar sikit selera sekali sekala. Order guna apps CBTL masa dalam perjalanan tu dan kemudian pick up. Cantik The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dekat Tanjung Malim ni. Stand alone ada drive thru juga.  Lupa pula nak ambil gambar.