23 Ogos, Rentang Waktu Tiga Belas Tahun kami. Satu dekad 3 tahun sudah melalui kehidupan bersama. Jika diikutkan emosi, rasa macam banyak nak dicoretkan hal sedih tapi saya memilih untuk terus berfikir positif saja dan sentiasa bersyukur. Alhamdulillah...
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Surah Ibrahim | Ayat 7
If you are grateful, I will surely increase you [in favor]
وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِينَ
Surah Ali-Imran | Ayat 54
Mereka merancang , Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang
Sesungguhnya ayat tersebut mengajar kita agar sentiasa beriman, tenang dan redha menghadapi ketentuan hidup kerana perancangan-Nya sentiasa membawa kebaikan.
Rentang waktu membawa bermaksud jangka masa atau tempoh masa dari satu titik ke satu titik yang lain. Ia memberi gambaran tentang perjalanan masa yang panjang, termasuk kenangan, pengalaman dan perubahan yang dilalui bersama merentasi tahun-tahun yang telah berlalu.

Rentang Waktu Tiga Belas Tahun
Tiga belas tahun bukan sekadar angka,tetapi rentang waktu yang menyimpan seribu cerita.
Ada tawa yang menjadi kenangan,
ada tangis yang mengajar erti ketabahan,
ada hari-hari indah yang ingin diulang,
dan ada hari sukar yang menguatkan langkah.
Waktu terus berjalan,
13 tahun berlalu,
dan kita terus melangkah bersama-sama.
Semoga rentang waktu yang seterusnya
dipenuhi lebih banyak bahagia,
lebih banyak syukur,
dan lebih banyak cerita untuk dikenang bersama.
Selamat ulang tahun hari kita ke-13.
Doa ulang tahun perkahwinan
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Selagi ada waktu, kita nikmati dan harungi bersama.
Fun fact : Sehingga ke harini, baju nikah ni masih mengecil.
0 Comments