Jun 2026 | Berkenan pula dengan design telekung Siti Khadijah Flair Nawar. Design polar telekung yang berbeza daripada telekung biasa dan minimalist tanpa sebarang sulaman dan lace pada bahagian tepi telekung dan muka.

Beli Telekung Siti Khadijah Flair Nawar

Telekung bersama beg yang comel. Siri Flair ni memang sesuailah bawa travel atau untuk pakai harian. Ini koleksi ketiga telekung SK saya untuk siri flair ni. Jenis ringan dan selesa pakai untuk solat harian dan travel.


Beli Telekung Siti Khadijah Flair Nawar

Bahagian muka yang saya suka. Tak ada sebarang kemasan. Lebih selesa. Ngam-ngam muat dengan saiz muka. Beli warna wood mauve sebab warna ni je yang ada stok. 

Itupun beli online di website Siti Khadijah sebab kat store Senawang tu tak ada stok. Katanya ni keluaran lama. Ohh saya tak perasan pula sebelum ni.

Beli Telekung Siti Khadijah Flair Nawar

Warna ni pun okay macam warna dusty purple gitu. Cantik in real. Tak ada lagi telekung warna soft pastel ni. Kain sejuk dan selesa pakai. Kain dia berat sikit berbanding flair aria dan flair zyra. Berbeza sikit kualiti white label (basic) dengan maroon label (premium) yang pernah saya beli.

Black label (Exclusive) je belum pernah cuba. Mesti lagi best kain dia kan. Yang dah lama pakai masih bagus kualitinya. Siti Khadijah pun ada buat kempen tukar telekung lama kepada telekung baru. 

Mana yang dah loose getahnya tu boleh tukar baru. Tapi ada syarat tertentu lah. Bagus juga macam tu kan. Beli baru tukar lama gitu kaedahnya.