Hari kedua di Batam dimulakan dengan aktiviti bersuka ria bersama keluarga di Dino's Gate. Habiskan tenaga awal-awal di sini dulu ye.


Dino's gate ni mesra stroller dan wheelchair. Tak ada masalah untuk bawa baby atau mereka yang berkerusi roda. Boleh enjoy sekali. Cuma ada laluan yang kurang rata sikit.


Ambil gambar satu family. Tripod bawa tapi tertinggal dalam kereta. Jadi, kita wefie je lah untuk album kenangan.

Ada 3 ekor burung hantu yang dipamerkan. Tapi saya cuma ambil gambar yang seekor ni je. Kemain garang lagi mukanya. Tapi comel! Merenung tajam ke tidur tu?

Ambil peluang pegang owl sekali. Buat bayaran seikhlas hati masukkan dalam bekas yang disediakan. Kena pakai sarung tangan sebab kuku dia tajam ye.
Nampak behave tapi dia buat bunyi juga masa pegang tu. Bad mood ke apa entah. Saja nak bergurau dengan kita lah tu kan. kannn...




Tak dapat bergambar dengan si gorilla tadi takpe, ada ni ha gorilla lain yang lebih ganas. Beginilah anak nombor 2 kan. Biarkan dia dengan gayanya.





Kat sini lain sikit caranya. Naik buaian, diangkat sampai atas lepas tu dilepaskan. Seram jugalah masa dia lepaskan penyangkut tu. Dup dap dup dap kita wak! Tapi seronok dapat main buaian.

Kat sini tak ada arahan buat gaya itu ini. Pandai-pandai sendirilah nak posing macam mana. Sebelum naik tu dia akan tanya nak ambil video dan gambar ke. Kalau nak, bayaran seikhlas hati katanya. Bayar duit Malaysia pun boleh. Okay, boleh.
Dah naik buai ni nak nyanyi lagu yang mana satu ek. Laju buaiku laju atau buai laju-laju? Hihi..Tak payah nak berangan sangat kan. Kita naik buaian dan enjoy saja.
Permandangan kat sini kurang menarik sikit berbanding puncak beliung yang di atas bukit nun.

Masa saya tunggu giliran mereka semua pergi main mainan lain. Jadi tak adalah buang masa menunggu di tempat yang sama. Setiap tempat tu ada yang budak-budak boleh main ada yang tak. Jadi, mereka pergi ke dino riding.


Jalan keluar tu ada replika rumah mini batam dan bangunan-bangunan bersejarah. Bolehlah tengok-tengok kalau ada masa sepanjang lalu di sini. Saya sempat ambil beberapa keping gambar je. Jadilah asal ada daripada tak ada lansung.


Nanti akan keluar di kedai cenderahati lah macam biasa. Kami tak beli apa-apa dan tak membelek pun. Laju je keluar sebab dorang dah tunggu dalam kereta.
Bersambung...
Dino's Gate Batam
Sebuah taman hiburan bertemakan dinosaurus yang terletak di kawasan Golden City, Bengkong Laut, Kota Batam, Kepulauan Riau. Dino's Gate ni antara tempat popular di Batam yang wajib pergi.
Apa yang menarik di Dino's Gate
- Mini farm
- Sudut burung hantu
- Replika dinosaurus animatronik dengan suara
- Rainbow slide
- Memanah
- Karpet terbang
- Sky swing
- Dino riding

Kami sampai sini taklah awal sangat. Hampir tengah hari jugalah, jam 11.30 macam tu. Dari hotel kurang dari setengah jam.
Tak jauh sangat tapi gerak lambat. Lambatlah sampainya. Mujurlah hari tu tak sepanas semalamnya. Mendung redup tapi terasa jugalah bahang panasnya tu.
Lepas pembelian tiket, akan diberikan wristband sorang satu. Bagi wristand pada petugas, dia akan scan dan pakaikan wristband di pintu masuk. Mak pakai wheelchair ikut tepi je tak perlu lalu ikut pintu palang besi tu.
Lepas pembelian tiket, akan diberikan wristband sorang satu. Bagi wristand pada petugas, dia akan scan dan pakaikan wristband di pintu masuk. Mak pakai wheelchair ikut tepi je tak perlu lalu ikut pintu palang besi tu.

Dino's gate ni mesra stroller dan wheelchair. Tak ada masalah untuk bawa baby atau mereka yang berkerusi roda. Boleh enjoy sekali. Cuma ada laluan yang kurang rata sikit.

Dipenuhi dengan pokok-pokok. Jadi redup lah. Ni namanya pokok pinus kan?

![]() |
| Wristband Dino's Gate |
Ambil gambar satu family. Tripod bawa tapi tertinggal dalam kereta. Jadi, kita wefie je lah untuk album kenangan.
![]() |
| kami berdua tema hitam putih kehidupan |
Sudut burung hantu
Kami mulakan masuk di sudut owl dulu. Bergambar di pintu gerbang burung hantu (owl) yang besar ni.

Ada 3 ekor burung hantu yang dipamerkan. Tapi saya cuma ambil gambar yang seekor ni je. Kemain garang lagi mukanya. Tapi comel! Merenung tajam ke tidur tu?

Ambil peluang pegang owl sekali. Buat bayaran seikhlas hati masukkan dalam bekas yang disediakan. Kena pakai sarung tangan sebab kuku dia tajam ye.
Nampak behave tapi dia buat bunyi juga masa pegang tu. Bad mood ke apa entah. Saja nak bergurau dengan kita lah tu kan. kannn...

Masuk ke tempat arnab. Tapi arnab dikurung pula. Tak dapatlah nak bermain-main dengan arnab. Terus jalan-jalan sekitar taman dinosaur. Ada macam-macam spesis dinosaur yang ada. Ada lah gerakan sikit-sikit berserta dengan bunyi.
Dinosaur park

Puaslah bergambar di taman dinosaur ni ada banyak hotspot bergambar yang menarik. Bateri pun lajulah menyusut. Handphone pun cepat panas. kuikuikui...Kena ambil gambar berpada-pada lah ye. Kita pula jenis suka ambil gambar.

Ada pula yang pakai costume gorilla. Sempatlah mereka bergambar dengan gorilla. Nampak gaya macam tak mesra alam sangat si gorilla ni. Hmmm...

Tak dapat bergambar dengan si gorilla tadi takpe, ada ni ha gorilla lain yang lebih ganas. Beginilah anak nombor 2 kan. Biarkan dia dengan gayanya.

Rainbow slide
Jalan lagi dan lagi sampailah jumpa permainan rainbow slide ni. Budak berdua tu seronoklah bila jumpa rainbow slide ni. Tak puas main masa kat Puncak Beliung semalam kot.

Mulanya anak buah dua orang tu naik. Saya tunggu kat bawah je ambil video. Lepas tu Encik Suami ajak naik sama-sama dengan anak buah sekali lagi. Naiklah kami berempat. Dengan pakai kainnya, gigih betul seorang Fiza ni.
Bila lagi nak buat aktiviti macam ni kan. Pakai kain pun tak ada hal, kita pakai seluar panjang kat dalam. Sebelum berlepas kita bergambar dulu. Tak pasal orang belakang termasuk sekali dalam gambar kami.
Lepas tu adik yang uruskan permainan ni offer untuk ambil video kami masa turun. Sebabnya satu tiket tu kami bayar lebih tak ada duit kecil. Jadi dia pun offerlah untuk ambil video.
Tapi kalau tak bayar lebih pun boleh je minta dia ambilkan video atau gambar. Mereka semua sangat friendly. Tak sombong lansung! Kita pun seronok. Terpaling seronok budak berdua tu lah. Dapat naik 2 kali. Bagilah mereka peluang besuka ria.

Memanah
Lepas tu biras dan adik ipar memanah pula. Disuruhnya saya cuba. Saya tak nak sebab tak minat. Hihi...
Karpet terbang
Encik Suami dan anak buah naik karpet terbang. Mula tu saya nak naik tapi ada yang kata tak boleh sebab pakai kain, kena pakai harness di celah kelakang tu. Tapi lepas tu nampak pula orang pakai kain naik boleh pula. Aikkkk...
Kenalah beratur semula. Tapi dah ajak pula anak buah naik. Takpelah, bagi peluang mereka naik berdua sebab saya dah naik semalam di Puncak Beliung.
Kenalah beratur semula. Tapi dah ajak pula anak buah naik. Takpelah, bagi peluang mereka naik berdua sebab saya dah naik semalam di Puncak Beliung.
Minta pekerja tu ambilkan gambar. Tapi angle dia tak secantik di Puncak Beliung. Benda dah lepas, kita pasrah je lah ye. Cuaca pun kelam tak nampak cerah sangat.

Sky swing
Sekali lagi saya cuba naik buaian sky swing ni. Nak naik karpet terbang dan sky swing ni kenalah banyak bersabar sebab kena menunggu giliran. Dengan panas bahangnya tak ada angin, fuhhh ketibas. Jomlah naik buai bagi sejuk sikit ada angin.
Kat sini lain sikit caranya. Naik buaian, diangkat sampai atas lepas tu dilepaskan. Seram jugalah masa dia lepaskan penyangkut tu. Dup dap dup dap kita wak! Tapi seronok dapat main buaian.

Kat sini tak ada arahan buat gaya itu ini. Pandai-pandai sendirilah nak posing macam mana. Sebelum naik tu dia akan tanya nak ambil video dan gambar ke. Kalau nak, bayaran seikhlas hati katanya. Bayar duit Malaysia pun boleh. Okay, boleh.
Dah naik buai ni nak nyanyi lagu yang mana satu ek. Laju buaiku laju atau buai laju-laju? Hihi..Tak payah nak berangan sangat kan. Kita naik buaian dan enjoy saja.
Permandangan kat sini kurang menarik sikit berbanding puncak beliung yang di atas bukit nun.

Masa saya tunggu giliran mereka semua pergi main mainan lain. Jadi tak adalah buang masa menunggu di tempat yang sama. Setiap tempat tu ada yang budak-budak boleh main ada yang tak. Jadi, mereka pergi ke dino riding.
Lepas dah selesai mereka keluar dulu. Lepas main buaian ni pun kami keluar sebab dah tak ada aktiviti lain dah. Sepanjang menuju ke luar tu adalah tempat-tempat menarik untuk bergambar. Salah satunyanya di lorong yang ada ari terjun di dindingnya.

Pintu gerbang taman Dinosaur. Pergi tadi naik jambatan kat belakang tu. Balik ikut bawah pula.

Jalan keluar tu ada replika rumah mini batam dan bangunan-bangunan bersejarah. Bolehlah tengok-tengok kalau ada masa sepanjang lalu di sini. Saya sempat ambil beberapa keping gambar je. Jadilah asal ada daripada tak ada lansung.

Panjang juga laluan ni menuju ke jalan keluar. Tak bosanlah dengan adanya replika mini yang dipamerkan.

Nanti akan keluar di kedai cenderahati lah macam biasa. Kami tak beli apa-apa dan tak membelek pun. Laju je keluar sebab dorang dah tunggu dalam kereta.
Kalau nak ke sini kena spend masa lama sikit sebab banyak aktiviti dan ambil masa menunggu giliran. Yang pastinya enjoy lah datang Dino's Gate ni. Tak bosan. Tiket pun murah. Boleh masukkan dalam itinerary percutian di Batam.
Harga tiket
Harga tiket berbeza hari biasa dengan hujung minggu dan cuti umum. Masa kami pergi hari Sabtu, kami beli tiket dengan harga Rp 50.000 + percuma 2 permainan. Kalau hari biasa murah sikit.
Waktu operasi
Dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi—6:00 petangLokasi
Golden City, Bengkong Laut, Kota Batam, Kepulauan Riau.Bersambung...


0 Comments