Destinasi seterusnya mencari makan pula selepas bersuka ria di Dino's Gate. Masa untuk makan tengah hari. Adik ipar meluncur terus ke Waroeng Sunda Teh Sinta atau Waroeng Teh Sinta yang menyediakan masakan khas Sunda.

Sebelum tu adik ipar pesan kalau nak ambil makanan tu sebab makanan di sini pedas-pedas terutamanya sambal. Haa macam mana orang Nismilan, boleh ko makan podeh kek sini? Moh doreh!

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Rumah makan ni ada dua ruang tempat makan, dalam dan luar. Kami pilih duduk di dalam je sebab ada penghawa dingin. Sejuk dan selesa sikit kan.  

Woroeng Sunda Teh Sinta ni dibuka setiap hari dari jam 10.30 sehingga 21:00.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Dari pintu masuk dah nampak meriah hidangan masakan khas Sunda ni. Cari meja dulu sebelum ambil makanan.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Dah pilih meja, pekerja akan datang ke meja ambil order minuman. Kaedahnya sama macam makan nasi campur, layan diri ambil nasi dan lauk pauk sendiri. Hidangan buffet gitu.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Ruangan dalaman ni tak luas dan tak sempit sangat. Okaylah masih selesa. Ada penghawa dingin tu lagi buatkan kita selesa nak makan. Taklah berperang dengan panas dan peluh yang merembes sebab makan pedas. Mana nak lap peluh lagi kan.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Cantik hiasan dan barangan dekorasinya menggunakan buluh. Siling anyaman buluh yang cantik. Bakul dan terendak lampu diperbuat daripada buluh juga. Menarik!
Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta
Menu minuman

Masakan khas sunda ni kebanyakkan jenis lauk pauk kering. Tak adalah berkuah gulai bagai semua tu. Bagi saya yang suka makan kering-kering ni okaylah.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Banyak pilihan lauk pauk buat kita rambang mata nak ambil mana satu entah. Antara menu yang sempat Encik Suami ambil gambar.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Sudahnya ini je lah lauk yang saya ambil. Nasi sikit, sayur taugeh, kerabu sayur, tempe goreng dan juga kerabu suhun. Saya tak ambil sambal sebab risau pedas sangat dan takut perut meragam. Susah lah kalau bercuti ni perut meragam. Kita play safe je lah.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Ingatkan tak pedas. Sekali kerabu dan suhun tu pedas ye. Pedas menyengat. Encik Suami ambil sambal, tak pasti sambal apa. Pedas berapi katanya. Haaa rasain memasing makan podeh melahar.

Mujurlah pesan air manis. Encik Suami pesan es teh tarik. Rasa teh aisnya berlemak lain sikit, teh pekat tapi kurang rasa pahit tu. Sedap juga rasa dia.

Makan Tengah Hari di Waroeng Sunda Teh Sinta

Saya pula pesan es teh manis. Lega lidah dapat minum manis, kurang sikit lidah kepedasan. Ohh lupa, lepas semua dah ambil makanan pekerja akan kira makanan yang kita ambil. Nanti dah habis makan bayar di kaunter pembayaran.

Petang tu sampai malam perut Encik Suami meragam. Ke toilet jugalah. Mujurlah tak teruk sangat. Yang suka makan pedas-pedas bolehlah cuba makan kat sini. Banyak menu, staff pun peramah, selesa dan mesra pengunjung. 

Harga total saya tak pasti sebab adik ipar bayar dulu haritu. Yang pasti, makanan di Batam ni murah-murah je. Kalau food hunting sesuai sangat.

Bersambung...