Julai 2026 | Balik dari klinik gigi, singgah membeli kuih onde-onde dan kuih sopang panas. Orang Nismilan tak panggil onde-onde atau buah melaka, dorang panggil kuih kolopong.
Beli dekat gerai ni sebelah kedai buah kat Ampangan berdekatan Zull Tom Yam. Sedap kuih sopang dia, inti banyak tak manis sangat, kulit sopang lembut dan tak tebal sangat. Santan pun berlemak masin elok. Tak kedekut santan. Dapat pula tu makan panas-panas.
Kuih onde-onde pun sedap semua saiz yang sama. Tak kedekut buah melaka dan kelapa parut. Kuih pun tak berair. Beli tengah hari makan sikit, petang tu nak makan pun masih elok lagi.

Bagus berniaga macam ni. Jaga kualiti. 2 kali dah kami beli kuih sopang dan onde-onde kat sini. Harga nanti saya update sebab Encik Suami yang beli.
0 Comments