Lepas habis tengok Fireshow naik buggy ke car park. Kononnya nak makan ikan bakar kat Restoran Bayu Malam dekat area Golden Palm Tree tu tapi macam full house. Kami malas nak menunggu lama.
Then carilah tempat makan sedap area Sepang ni di TikTok dan jumpalah Cafe Rumapokok. Macam menarik juga suasana dan menu yang ada di sini.
Then carilah tempat makan sedap area Sepang ni di TikTok dan jumpalah Cafe Rumapokok. Macam menarik juga suasana dan menu yang ada di sini.

Rumapokok Cafe
Sebuah kafe yang berkonsepkan estetika hijau dan santai dengan sentuhan gaya moden. Ruang kafe yang sesuai untuk lepak santai sambil menikmati pelbagai menu lokal dan juga western. Terletak di Sungai pelek, Sepang.Ada ruang makan dalam dan luar. Kami pilih duduk di luar je memandangkan di dalam macam penuh orang. Di luar ada beberapa lagi tempat kosong. Waktu malam duduk luar okay lagi sebab sejuk sikit.

Pekerja akan datang ke meja dan hulurkan buku menu. Kami beritahu nak tengok dulu dan kemudian baru panggil untuk buat pesanan. Banyak juga menu-menu yang ada.
Honey lemon sejuk
Encik Suami pilih minuman sejuk, air honey lemon. Sedap airnya rasa madu dan lemon seimbang. Tak ada biji lemon yang tertinggal dalamnya.

Hazelnut latte panas
Saya pula pesan hazelnut latte panas. Lama rasanya tak minum hazelnut latte panas. Art latte dia tak berapa nak jelas sangat, bentuk tulip. Sedap hirup suam-suam tak panas sangat. Sedang elok rasa manis dan kopinya.
Lama sikit menunggu minuman dan makanan sampai. Tapi tak apa, kami tunggu santai-santai je sambil menikmati suasana di Rumapokok ni.
Set nasi daging masak lemak
Kemudian tak lama tu makanan pun sampai. Oleh kerana rasa lapar, saya pilih makan nasi lah. Set nasi daging masak lemak. Pekat kuah masak lemak cili apinya. Kuah pedas-pedas manja je. Tapi kuah dia macam kuat rasa serai sikit sebab serai tu dipotong-potong bukan di ketuk.
Daging pula ada yang lembut dan ada yang sedikit liat tapi masih boleh makan. Untuk tambah kepedasan tu saya makan dengan sambal belacan. Uiii podeh lain macam. Berpeluh makan dan berair mata dibuatnya. Tak sanggup nak habiskan sambal belacan tu.
Didatangkan bersama ikan masin, ulam timun dan daun salad. Porsi nasi dia sederhana. Saya boleh makan habis. Nasi sedap sebab guna beras wangi.

Set nasi ayam balado
Encik suami pun makan set nasi juga. Rupa macam ayam geprek dengan chicken chop crispy, kobis goreng, tempe goreng dan timun. Sambal balada dan kicap mangkuk asing-asing dalam gambar di atas. Untuk menu Encik Suami ni saya tak rasa, jadi tak tahu rasa dia.

Usai makan barulah dapat ambil gambar suasana Rumapokok Cafe ni sebab pelanggan yang duduk di sini dah beredar.

Lepas makan, boleh buat pembayaran di kaunter. Cantik design cafe ni menggabungkan gaya klasik dan industri.

Total semuanya RM51.70 untuk hidangan yang kami pesan. Standard harga menu di cafe-cafe.

Sebelum beredar, bergambar 0.5 dulu. Meriah betul rumapokok ni dengan pokok-pokok hijau. Cantik menarik tertarik. Rasa tenang duduk makan di sini. Tapi diganggu oleh makhluk berbulu. Boleh pula dia nak lompat naik meja.
Dah bagi makan ikan masin, ehhh dia bau je lepas tu tak pandang lansung. Bagi isi ayam, tak nak juga. Demand betul ek. Sudahnya malas nak layan. Tak ambil gambar pula makhluk berbulu tu. Ada 3 ekor semuanya.
![]() |
| dinner tema hitam |
Masa bayar di kaunter nampak dekorasi dalam kedai di ruang dalam. Menarik juga hiasan dekorasi klasik rumah kampung.

Tertarik pula dengan terendak lampu ni. Mentol pun cantik. Sesuai sangat lampu ni dengan suasananya.

Dari Rumapokok singgah 7E beli makanan dan minuman. Takut lapar pula kat bilik nanti. Balik hotel parkir penuh, terpaksa parkir jauh sikit dan tunggu buggy di pondok pengawal.

Tak lama sangat menunggu buggy. Terus bawa kami sampai ke bilik hotel, singgah kejap di lobby sebab bawa tetamu lain juga. Selamat sampai di bilik, barulah ada masa untuk berehat.
Bersambung...

2 Comments
Cafe tu nampak sangat menarik.
ReplyDeleteYa, suasana Cafe ni sangat menarik banyak pepokok hijau seperti nama kedainya.
Delete