18 Julai 2026 | Masa saya ada appointment di hospital dapat perkhabaran uwan (mak arwah abah mentua saya) meninggal dunia di Kuala Pilah.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)

Rehatlah Uwan. Tenanglah Uwan di sana. Uwan dah lama bedridden sejak terjatuh dan tulang pinggulnya patah. Nak buat operation tak boleh disebabkan faktor umur.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
Al fatihah Hajjah Katthum binti Isa
18 Comments
salam takziah. alfatihah
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletesalam takziah... allahummaghfir laha warhamha wa a'fiha wa'fu a'nha
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih.
salam takziah...alfatihah utk arwah uwan
ReplyDeleteTerima kasih kak.
DeleteMy sincere condolences 🙏
ReplyDeleteThank you.
DeleteSalam takziah
ReplyDeleteTerima kasih wak.
DeleteInnalilahi wainnailaihi rojiun. Semoga kubur uwan selalu diterangi dan beliau ditempatkan dalam golong orang beriman.
ReplyDeleteOrang2 tua ini sangat risky sekali jika dah patah tulang pinggul. Sebab papa mertua saya juga begitu. Tak lama, 5 hari kemudian meninggal . Ditambah komplikasi ke jantung. Memang bukan hal sepele kalau orangtua sampai terjatuh. 😔
Aamiin...Terima kasih Fanny.
DeleteSebelum jatuh, Uwan sihat boleh berjalan. Lepas jatuh tu bedridden dah tak larat bangun lansung. Bahaya sangat kalau jatuh patah tulang pinggul.
Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman
ReplyDeleteAamiin..Terima kasih KakSarie.
Deletesalam takziah.. linda umur 20 an , dah takde dah sosok nenek dan datuk.. yang datuk sebelah mak pula, dari linda kecil lagi memang dah takde, bila tengok gambar lama,ada seorang lelaki tua yang asyik la ada dalam gambar.. jadi tertanya2 siapa.. rupanya itu lah arwah datuk..
ReplyDeleteSaya pun sama. Dari kecil sampai sekolah rendah je ada. Lepas tu kahwin, ada nenek sebelah mak dan abah mentua.
DeleteSemoga arwah Uwan Hajjah Katthum binti Isa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteBerapa usia Uwan ni masa meninggal agaknya.
Aamiin..Terima kasih Ammi. Tak silap saya dah 90 lebih umurnya. Tak pasti umur yang tepat.
Delete