Happy Saturday! Tak ada modal nak cerita, kita cerita pasal pokok lah ye. Swiss cheese plant yang saya beli hujung bulan Jun haritu semakin meninggi diri nampaknya. Sekejap je dah bertambah daun-daunnya.
Setiap daun yang keluar semua berlubang-lubang tak macam sebelum ni yang pernah saya beli. Kadang daunnya tidak berlubang. Tak pasti puncanya kenapa. Kali ni saya happy semuanya tumbuh dengan baik.

Setiap daun yang keluar semua berlubang-lubang tak macam sebelum ni yang pernah saya beli. Kadang daunnya tidak berlubang. Tak pasti puncanya kenapa. Kali ni saya happy semuanya tumbuh dengan baik.

Saja saya biarkan dia tegak ke atas kedinding. Kalau dah semakin tinggi nanti saya biarkan je dia berjuntai ke bawah.
Saya gunakan medium clay ball menggantikan tanah. Lebih mudah nak uruskan. Sesuai untuk tanaman indoor. Hanya perlu tambah air jika air berkurang.
Alhamdulillah hidup subur dengan cahaya yang cukup masuk dalam rumah dan air yang cukup. Setakat ni dah 3 helai daun kuning dan dah dipotong.
Kuning tu tak tahulah sebab apa. Air terlebih ke, cahaya kurang ke. Tapi beberapa minggu ni cahaya cerah je sebab panas. Mungkin sebab panas juga? Entahlah ek, bukan pakar bab tumbuhan ni. Janji dia hidup dengan baik.
Serik dah nak letak baja sebab haritu letak baja dia lecur dah mati terus. Tak boleh nak diselamatkan lagi sebab akar pun dah rosak teruk hitam dan hancur. Itu yang beli pokok baru. Biar je lah dia hidup secara semulajadi dengan makanan air dan cahaya dah mencukupi.

0 Comments