Encik Suami sakit tulang belakang. Tak pasti dari mana puncanya dan rujuk ke hospital. Kali ni ke Columbia Asia Hospital pula sebab pakar di KPJ Seremban tak available. Semua pakat sibuk ramai pesakit agaknya.
Selepas X-ray doktor beritahu sekian-sekian. Tak serius dan tak ada apa-apa katanya. Doktor bekalkan ubat dan pelekat ada infrared tu. Tengok dalam masa seminggu dua minggu macam mana.
Banyak faktor sebenarnya, mungkin duduk lama buat kerja. Atau beban beg berat naik motor. Atau bawa motor yang perlu membongkok sikit.
Atau boleh jadi juga disebabkan tilam yang sudah tidak empuk lagi. Tilam biasa yang sudah lama di pakai. Bak kata suara lori jual tilam tu, "tilam lama, tukar baruuu"
Mulanya kami survey online je, kemudian pergi ke King Koil Flagship Store Seremban untuk feel jenis-jenis tilam yang ada di sana. Nanti bolehlah kita fikirkan yang mana kita lebih selesa.

Masuk kedai di sambut mesra oleh seorang aunty Cina. Agaknya pemilik kedai ni kot. Bagus betul layanannya mesra alam. Sembang macam tak tahu bila dia nak berhenti cakap. Peramah betul aunty tu.

Encik suami cuba baring atas beberapa tilam untuk feel keselesaan tu. Aunty tu kata, baringlah dik. You boleh feel. Tak payah malu. You suka yang mana, kasi tau lah. Nak comfort ke, macam mana? Tak payah pergi jumpa doktorlah, beli tilam saja sudah okay maaa...

Macam-macam jenis model katil tilam King Koil ada. Showroom dia dua tingkat dan besar. Showroom dia pun menarik sangat, suasana dan dekorasi macam dalam bilik tidur sangat. Dengan cahaya lampu yang malap-malap sikit tu.
Kami cuba lah survey tilam yang lebih berkualiti untuk kegunaan jangka masa panjang demi menjaga kesihatan tulang yang semakin berusia ni. Dalam banyak-banyak jenama, tertarik dengan jenama King Koil.
All King Koil mattresses being chiropractor-tested and chiropractor-trusted for clinically sound postural support and for those who value back care.

Masuk kedai di sambut mesra oleh seorang aunty Cina. Agaknya pemilik kedai ni kot. Bagus betul layanannya mesra alam. Sembang macam tak tahu bila dia nak berhenti cakap. Peramah betul aunty tu.

Encik suami cuba baring atas beberapa tilam untuk feel keselesaan tu. Aunty tu kata, baringlah dik. You boleh feel. Tak payah malu. You suka yang mana, kasi tau lah. Nak comfort ke, macam mana? Tak payah pergi jumpa doktorlah, beli tilam saja sudah okay maaa...
Di tingkat bawah ni tilam empuk best yang terdapat di hotel-hotel lima bintang tu. Range harga pun empuk jugalah mendengarnya. Atas empat lima ribu lebih dan ke atas lah.

Macam-macam jenis model katil tilam King Koil ada. Showroom dia dua tingkat dan besar. Showroom dia pun menarik sangat, suasana dan dekorasi macam dalam bilik tidur sangat. Dengan cahaya lampu yang malap-malap sikit tu.
Bahagian tingkat atas ni murah sikit range harga dia seribu lebih dan keatas. Ada juga jual dengan pakej katil sekali.

Dah survey dan feel tilam tu, boleh kira-kira dan fikirkan nak beli yang mana satu nanti mengikut bajet. Kalau beli di sini dah tentu original dan tilam King Koil ni ada warranty 15 tahun dan penghantaran percuma.
Tilam lama tu mereka boleh tolong dispose kan. Kalau tak silaplah. Mudah macam tu, senang urusan kita jugalah tak tahu mana nak buang tilam lama tu nanti kan.
Beli online memang ada yang murah tapi risau juga yang palsu dan tak berkualiti. Kita tak nak lah jadi tipah tertipu. Benda bukan murah. Beribu tu. Baiklah beli di flagship store je. Biar berbaloi membeli tu selari dengan kualiti barang dan perkhidmatannya.
Masih berfikir lagi atau survey lagi jenama lain. Kot ada yang tahu tilam yang bagus untuk back pain, bolehlah tinggalkan komen. Terima kasih.
Oh ya, baik betul aunty tu layan kami walaupun tak beli apa-apa. Tapi awal-awal dah bagitahu nak survey dulu. Terima kasih aunty! Tak lupa untuk ucapkan terima kasih pada aunty sebelum keluar kedai.

1 Comments
Selain tilam, bantal pon penting. kalau tilam dan bantal dah sedap, jangan sampai tak bangun subuh plak ye...
ReplyDelete